KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

BN TIDAK FAHAM ISTILAH "BERSIH"

JITRA 27 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah cuba sedaya upaya untuk memastikan semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah bersih sebelum mereka disenaraikan sebagai calon parti.

Perdana Menteri berkata, jika seorang calon itu disabitkan dengan kesalahan rasuah dan jenayah, maka calon itu tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

‘‘Kita kena dapatkan laporan daripada agensi berkaitan. Kita kena timbangkan apa tindakan yang bakal diambil, ini tentu ada yang tidak kena.

‘‘Semua Menteri Besar telah diarahkan untuk merujuk senarai calon kepada Badan Pencegah Rasuah, polis serta agensi lain yang berkaitan untuk memastikan calon itu bersih daripada sebarang salah laku yang berkaitan dengan rasuah dan jenayah,’’ ujarnya. kata nya pada wartawan Utusan Malaysia
No2umnO - Yang menjadi masalah kepada pemimpin UMNo adalah mereka sendiri tidak tahu apa istilah 'BERSIH' sebenar. Kalau pemimpin BN yang korup, pada mereka masih di panggil "BERSIH". Pemimpin UMNO yang terlibat dengan pembunuhan rakyat Mongolia, masih di panggil "BERSIH". Pemimpin yang terlibat dengan penyelewengan dana kerajaan, masih di panggil "BERSIH". Mungkin istilah "BERSIH" pada BN adalah hanya pada baju mereka yang putih dan dicuci setiap hari. Kerana keliru dengan istilah ini menyebabkan masih ramai calun Barisan Nasional yang 'kotor' masih di gelar "BERSIH".

Kesimpulannya ...... UMNO dan BN, dah tak bersih langsung.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive