tranungkite.net
"Kita sekali lagi dikejutkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar (foto) bahawa calon BN bagi N10 Bukit Pinang, Pulau Pinang mempunyai kes pecah amanah.
Menurut Haji Mahfuz, Che Omar telah dilucutkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad sejak 25 Dis 2007 kerana kes penyalahgunaan kuasa semasa pembelian tanah koperasi melebihi RM6 juta. Berikutan itu Pengurusan koperasi itu kemudian membuat aduan polis mengenai beberapa kes penyelewengan Che Omar pada Disember lepas. Walau bagaimanapun dijangka SPR tidak akan membuat apa-apa tindakan kerana calon berkenaan adalah mewakili BN.
Presiden BN ketika ditanya berkata BN tidak dapat berbuat apa-apa kerana nama beliau telah pun disahkan sebagai calon walaupun pihak pembangkang membuat dakwaan mengenai kes Che Omar. Apa yang menghairankan ialah menurut Bapak BN partinya telah menyaring semua bakal calonnya sebelum mereka dipilih bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Beliau berkata semua pihak termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diminta untuk merujuk kepada Jabatan Insolvensi, Badan Pencegah Rasuah dan polis secara spesifik bagi memastikan seseorang calon itu layak untuk bertanding.
Ini membuktikan saringan calon-calon BN ini lemah dan ramai juga yang mendakwa bahwa sebahagian calon BN ini lebih bersifat bidang terjun kerana kepentingan individu-individu tertentu. Ini menyebabkan saringan yang didakwa itu sebenarnya tidak berlaku.
Sebelum ini seorang calon BN ditolak oleh SPR pencalonannya di DUN Kijang Kelantan kerana didapati bertaraf muflis. Ini menyebabkan calon dari PAS menang percuma.
Hal ini cukup berbeza dengan calon-calon yang dikemukakan oleh PAS yang mempunyai wibawa dan keperibadian yang tinggi. Ini kerana syarat-syarat yang dikenakan agak ketat termasuklah seorang yang taat kepada Allah dan tidak melakukan dosa besar.
http://drspeaker.blogspot.com/
Feb 28, 2008
CALUN BN N10, ADA REKOD PECAH AMANAH
Labels: Rasuah UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment