Kenapa UMNO kecoh dengan Mat Sabu?
Barisan Nasional bimbang dengan Mat Sabu. Itu adalah realiti pilihanraya tahun ini apabila Mat Sabu yang terkenal dengan cakap lepasnya di kritik hebat oleh Pemimpin dan media Barisan Nasional. Hampir setiap hari ada sahaja kritikan, artikel dan berita tentang Mat sabu yang akan bertanding untuk kerusi DUN di Kuala Terengganu.
Usaha menyekat kemaraan Mat sabu ini melihatkan bertapa terdesaknya kerajaan dan Menteri Besar Terengganu sendiri apabila beliau menyelar Mat sabu sebagai calun terbuang. Dalam pada itu, Barisan Nasional meletakkan 2 calun untuk menentang calun PAS itu yang terdiri dari calun Barisan Nasional sendiri serta calun BEBAS yang berusaha 86 tahun. Tidak pandai menulis, membaca untuk dijadikan pemimpin.
Situasi terdesak sekarang jelas menunjukkan bahawa Terengganu sememangnya negeri PANAS. Segala projek kerajaan negeri itu yang disalurkan kepada syarikat kroni Abdullah Badawi melalui Patrik LIM selama 4 tahun adalah satu penyelewengan yang jelas. Keadaan itu diselar dan dikritik hebat bukan sahaja oleh pembangkang tetapi pihak BN negeri sendiri. Di mana kontraktor yang terdiri dari ahli UMNO Terengganu tidak dapat projek yang dijanjikan. Projek Mega TErengganu seperti Piala MOnsun dan Kota TAmaddun telah jatuh ke tangan Patrick LIM hanya mampu dilihat dan dipandang oleh mereka. Tiada kontrak yang ditawarkan kecuali perlancarannya tiba tiba menjelma.
Dalam pada itu, Datuk Rahman yang digugurkan dari pertandingan adalah mereka yang bukan dari kem Khairy Jamaluddin. Lantas jelas bahawa Terengganu berhadapan dengan masa depan yang malap sekiranya BN memerintah. Rakyat Terengganu mengesyakki bahawa percaturan politik Khairy telah menular dan sekarang mencari peluang untuk terus memerintah negeri Terengganu. Segala galanya berpunca dari WANG EHSAN yang diperolehi dari hasil minyak TErengganu.
Menurut ahli UMNO Terengganu yang ditemui, rakyat kelas bawahan tidak sedar bahawa keadaan akan menjadi lebih kritikal. Serangan ke atas pembangkang yang hebat di Terengganu hanyalah untuk menolak dosa yang mereka telah lakukan. Kalau kerajaan negeri bertindak lebih berhemah dan membantu rakyat Terengganu selama 4 tahun lepas, kenapa mereka perlu bimbang dengan pembangkang?
Rakyat Terengganu pernah di pimpin oleh golongan ulamak pada tahun 1999. Mereka telah membandingkan antara 2 bentuk kepimpinan. Mana yang lebih baik dan mana yang lebih buruk. Kalau tahun ini BN berjaya menyambung kuasa mereka. Terengganu akan terus kerugian dan menambah hutang kerajaan negeri. Dan kalau kita masih ingat, ketika pemerintahan PAS di TErengganu dahulu, kerajaan PAS terpaksa berhempas pulas menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh BN sebelum itu.
Sejauh mana rakyat Terengganu bijak berfikir tentang baik dan buruknya BN, kita nantikan keputusan pilihanraya nanti. BN akan menggunakan pelbagai cara termasuk bersekongkol dengan samseng dan SPR untuk mencari kemenangan. Usaha itu turut disertakan dengan fitnah saat terakhir. Senjata yang disimpan untuk kegunaan pada saat genting.
Hakikinya, bangsa Melayu di Terengganu akan cuba dipesongkan fikiran. Mereka bakal ditekan bila projek berbillion yang dicanangkan akan jatuh ke tangan Patrick Badawi dan bukannya kepada bangsa Melayu yang melarat. Rakyat akan menerima padah. Kalau BN terus di beri mandat, rakyat akan merempat.
Feb 28, 2008
RAKYAT TERENGGANU AKAN MEREMPAT KALAU BN TERUS DIBERI MANDAT
Labels: Analisa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment