hmetro
KUALA LUMPUR: Secara zahirnya, mak nyah yang melakukan pembedahan kosmetik dan mengambil ubatan-ubatan serta suntikan hormon mungkin kelihatan jelita, namun hakikatnya kejelitaan mereka tidak berkekalan.
Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada ubatan-ubatan itu untuk tempoh panjang jika inginkan kecantikan mereka kekal.
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Kedah Medical Centre yang juga Pengerusi Kesatuan Perancangan Keluarga Malaysia (FFPAM), Dr Kamaruzaman Ali, berkata jika pengambilan hormon sama ada dalam bentuk pil atau suntikan dihentikan, bentuk badan dan tekstur kulit mak nyah kembali ke keadaan asal.
“Kesan hormon berhenti apabila pengambilannya dihentikan. Ini sebabnya apabila seseorang lelaki berhenti mengambil hormon, dia dapat balik kulit asalnya.
“Jika dulu kulitnya kasar dan ada jerawat, keadaan itu akan kembali. Ini disebabkan paras hormon perempuan di dalam badannya kembali ke paras asal yang jauh lebih rendah berbanding paras hormon lelaki yang sedia ada dalam badan,” katanya. more...
No2umnO - Alamak silap letak imej lagi .....
Feb 28, 2008
Kejelitaan menggunakan hormon dan pembedahan kosmetik tidak kekal
Labels: Hormon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment