Tentera ada 2 kad pengenalan? Baru tahun ini kita dengar tentang perkara ini. Bila ada 2 alamat, bermakna, si penama boleh mengundi 2 kali. Satu pada undi pos dan satu lagi sebagai pengundi awam. Berapa ramai agaknya anggota tentera Malaysia? Pernah dulu diberitahu bahawa jumlah anggota tentera mencapai angka ratusan ribu orang. Mungkin sedikit jika dibandingkan dengan nilai rakyat di Malaysia tetapi jumlah itu mampu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional. Mungkin ianya sudah pernah di lakukan sebelum ini tetapi baru sekarang ianya TERBONGKAR. Sesungguhnya tidak hairan kalau yang datang mengundi peratusnya tinggi, sedangkan ramai lagi yang duduk dirumah tidak keluar kerana menonton TV.
Perasankah anda bahawa akhir akhir ini Najib banyak membuat lawaran ke lokasi tentera. Minta mereka turun mengundi. Undi apa? Undi pos sahaja tidak cukup kerana BN sudah tidak popular seperti tahun tahun terdahulu.
Tentera mempunyai dua Mykad, bagaimana pula dengan anggota polis, fru dan sebagainya? Mungkin ada atau mungkin tidak. Berapa ramai pula anggota polis di Malaysia?
Biar apa pun yang berlaku, selagi SPR duduk dibawah telunjuk BN, maka ianya tidak mustahil. Terlalu sukar untuk BN berundur kerana risikonya terlalu tinggi dan mereka tidak bersedia untuk menerima hukuman dunia. Banyak salah laku, penyalahgunaan kuasa sertai rasuah yang berlaku sekarang. Cuma untuk didedahkan agak mustahil kerana semuanya yang ada adalah pihak mereka. Maka, kalau BN kalah, Pembongkaran akan berlaku dan inilah yang menyebabkan BN tidak mahu tersungkur di dalam pilihanraya.
Kuasa yang dipegang oleh Barisan Nasional sejak dulu menyebabkan, mereka semakin kurang ajar. Tidak cukup penipuan terhadap rakyat, malah mereka sampai di tahap menggunakan media, penguatkuasa dan institusi agama semata mata untuk menutup kesalahan mereka. Malah ada yang sampai mengugut dan merasuah calun. Kenapa calun di Sabah ramai yang menarik diri?
Bukti apa pun di dedah, SPR akan terus menafikannya. Jalan terakhir adalah dengan mempelawa pembangkang untuk membawa kes ke muka pengadilan. Bila bercerita tentang pengadilan, teringat pula kita tentang kes VK lingam. Betapa korupnya kehakiman negara dan kita disuruh percaya pada sistem itu?
Perkara sebegini perlu di tanya kepada Mahathir. Bekas diktator Malaysia yang sekarang sudah sedikit baik. Sedikit demi sedikit sudah di dedahkan, tetapi dia sendiri pun sudah tidak berdaya lagi. Bersyukur benar kalau Abdullah tidak membongkar penyalahgunaan kuasa beliau. Mungkin Dollah terlalu baik atau terpaksa baik. UMNO akan tutup salah laku UMNO dahulu dan sekarang kerana mereka turut bersama. Mereka pun sama menyeleweng. Maka kalau satu jatuh, semua sekali akan jatuh bersama. Lantas kerana itu, BN diam apabila dibidas oleh Mahathir kerana mereka tahu, semakin dilayan, selagi itu UMNO diserang. Diamkan sahaja dan orang tua itu akan kembali diam.
Kembali kepada isu Pilihanraya. Dari beberapa tahun dahulu. Dengan adanya khidmat internet, dapat lah kita ketahui tentang tembelang dan penyalahgunaan kuasa SPR. Pengundi hantu, yang tua tapi tidak mati, yang baru lahir sudah boleh mengundi, yang hilang dari senarai serta yang berpindah dari kawasan mengundi tanpa kerelaan banyak berlaku. Dedah dan terus dedah.
Namun SPR masih mendiamkan diri. 'Mati setem' dan arahan berubah ubah adalah isu yang tercetus pada hari penamaan calun. Itu baru perkara kecil namun SPR tetap berdalih. Pihak PAS telah pun membuat lapuran polis dan selepas ini apa? Membawa bukti dan saksi kepada kejadian itu untuk diadili di mahkamah. Dan ianya akan tertunggak tunggak seperti biasa dan akhirnya pembangkang kepenatan untuk berbicara. Ini lah yang akan berlaku dan terus berlaku. Sampai bila?
Sampai keadaan memaksa rakyat untuk bangun. Bangun untuk membantah secara serius. Bangun untuk tuntut keadilan. Tapi bila? Bila rakyat sudah setengah mati untuk mencari makan dan setengah mati untuk menyara keluarga. Peningkatan harga barangan yang berpunca dari kenaikan harga minyak cukup menyiksa rakyat. Tapi apakah daya untuk melawan kerana rakyat setakat berkokok. Bila tiba musim pilihanraya, semua sudah tekad untuk ubah. Bila keputusan tiba, kemenangan masih pada parti yang sama. Tak ke bingung jadinya.
Suara rakyat yang susah sudah lama di pinggirkan. Berita tentang kesengsaraan terlalu sedikit untuk diketahui umum. Tambah menjelekkan, ketika musim pilihanraya, tiada lagi cerita tentang kemiskinan, kesengsaraan rakyat dapat di tonton. Tiada satu akhbar dan media yang menyiarkan tentang kesusahan rakyat. Semua nya ok dan semuanya mewah, Terima kaseh lah pada kerajaan dan pelbagai pujian menggunung kita dengar saban hari di tv dan radio. Sampai kita mendengar pun dah naik meluat.
Kesimpulannya, BN akan cuba berusaha untuk terus berkuasa. Terlalu besar risiko kalau BN kalah. Terlalu banyak isu yang boleh timbul dan dibawa ke tengah. Mahu susah atau mahu dedah. Kuasa ada ditangan dan BN akan gunakan semua kuasa dan wang untuk menggunakan semua penipuan. Pada mereka, kalau belanja besar, esok boleh dapat balik. Pembangkang? Keluar belanja besar, esok ceramah dan kutip balik. Sampai bila pun tak selesai selagi SPR tidak telus dan mulus di dalam menjalankan tugas. HAnya Tuhan yang mampu menghentikan semua ini. Namun usaha perlu di lakukan, terleka sedikit dan suasana 1999 akan berlaku lagi. Tapi sudah kena, BN tidak mahu kena lagi. Mereka sudah tahu, pahit maung untuk serahkan kuasa kepada pembangkang.
Aku memang serba salah. Tidak usaha, tiada kejayaan. Tidak turun mengundi, langsung kita tiada peluang. Buka mata pasang telinga. Waspada dan jangan terlalu berharap. Usaha tetap usaha. Sudah usaha, kita serahkan kepada Allah swt untuk menentukan. Jangan hanya berdoa tapi tiada usaha kerana semuanya berpunca dari kita. Ingat satu pesanan wak .... Pilihanraya ke 12, akan menyaksikan satu pilihanraya yang paling kotor di dalam sejarah. Bukan hanya wak yang kata tetapi ramai penulis dan blogger pun sama pendapatnya. Tapi jangan lepaskan Rashit kerana selepas ini dia akan pergi dengan dosanya kerana dia beranggapan, dosanya akan hilang selepas letak jawatan. Terus bersumpah seranah terhadap pemimpin dan mereka yang terlibat dengan penipuan ini kerana sumpah seranah itu adalah doa. InsyaAllah .... Doa kita akan dimakbulkan akhirnya.
Feb 28, 2008
TENTERA 2 IC ... POLIS BAGAIMANA?
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Aku yang tak pernah berdaftar pun ada juga nama dalam system SPR. Memang Anak Haram sungguh la RASHIT SPR Ni..BANGSAT PUNYA MELAYU..
PADA CALON PKR SG SIPUT yang lawan dengan SAMY VALUE Tolong Check Sapa yang akan pergi mengundi atas nama aku dalam pilihanraya nanti sebab aku tak pergi mengundi..Aku akan berada dikelantan pada hari mengundi.
Aku akan balik sana bawa isteri aku mengundi untuk selamatkan kerajaan PAS kelantan..
Jangan risau Tok Guru..
Aku mesti balik...
Orang PKR Tolong Check!!
No IC aku 781022086349
Post a Comment