POLITIK KOTOR, SABOTAJ & SAMSENG MULA WARNAI KEMPEN PILIHANRAYA UMNO KELANTAN
jinchiruki.blogspot.com
Assalamualaikum YB Dato dan seluruh Pejuang Islam...
Terlebih dahulu Pok Nik memohon maaf seandainya sekali lagi tulisan Pok Nik ni menyesakkan dada-dada penyokong dan pendokong Umno. Namun, berpegang kepada prinsip "Berkata Benar Walaupun Ianya Pahit", Pok Nik gagahi juga untuk mencoretkan nukilan buat tatapan dan renungan para pembaca yang budiman sekalian.
Sebelum Pok Nik pergi dengan lebih jauh, izinkan Pok Nik 'kejutkan' mana yang 'terlena', dan 'sedar bangunkan' mana yang alpa. Sesungguhnya bagi Pejuang dan Pemuda Islam, ini bukan tika dan waktunya untuk kita lena, apatah lagi alpa sedangkan musuh-musuh Islam bergerak merencanai propaganda dan agenda untuk melemahkan Islam itu sendiri.
YB Dato dan rakan-rakan seperjuangan sekalian,
Kalau kita perhatikan sejak akhir-akhir ini demam pilihanraya umum semakin membahang. Hangatnya mula terasa, kehadirannya mula dinanti. Dalam masa sama, kita dapat lihat juga politik kotor Umno Bn Kelantan mulai kedengaran sama. Dimulai dengan babak menghalang kain rentang yang memaparkan aktiviti-aktiviti akan datang PAS di Tanah Merah dengan kain rentang Umno yang besar, diikuti dengan gangguan enjin kenderaan semasa mesyuarat Pemuda PAS Tanah Merah dan akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan tindakan berani tapi sebenarnya menunjukkan sikap kurang ajar dan kurang matang Umno Bn Kelantan bilamana Ceramah Perdana YAB Tuan Guru Dato MB Kelantan bersama Ketua Umum Partai KeADILan saudara Anuar Ibrahim telah disabotaj semahu-mahunya. Disebarkan poster-poster kononnya Majlis tersebut telah dipindahkan ke Padang Majlis Daerah Pasir Puteh, ada setengahnya di padang Majlis Daerah Machang, malah ada juga yang menyatakan majlis Ceramah Perdana tersebut dibatalkan terus.
YB Dato dan rakan-rakan seperjuangan sekalian,
Kebiadaban Umno Bn ini sebenarnya baru di 'Gear Satu'. Banyak lagi kerja-kerja jahat umno, mehnah dan trabulasi yang bakal dijalankan mereka. Mungkin benar telahan YB Dato, pilihanraya kali ini paling sengit dan paling menjijikkan dalam sejarah Malaysia. Jijik dengan SPR nya, jijik dgn jentera2 kerajaan yang disalahgunakannya, dan jijik dengan kempen-kempen Umno Bn yang mungkin tidak lagi mengenal batasan undang-undang.
Cuma, suka kami Pemuda-pemuda Islam nak ingatkan kepada mana-mana pihak khususnya Umno Bn Kelantan, jangan sesekali cuba bermain api. Pemuda Islam PAS tidak akan sesekali membenarkan kejahatan, kebobrokan dan segala tindakan-tindakan ganas dan bacul Umno Bn Kelantan dalam berkempen dari terus berulang, dan dibiarkan begitu saja.
Ini bukan medan 2004, bukan juga medan 1999. Kami ingat sejarah, dan kami kaji sejarah. Pemuda Islam PAS tidak akan sesekali berdiam diri sekiranya terbukti Umno Bn cuba membangkitkan suasana-suasana tegang pada musim 2008 ini. Kamu menjual dengan murah-murah, kami Pemuda Islam PAS akan beli secara murah-murah. Pemuda Islam PAS bukan pemuda yang boleh diperkotak katikkan begitu saja. Wahai Pemuda Umno dan Pimpinan Umno, ketahuilah bahawa kamu telah bangunkan harimau yang sedang tidur. Membujur lalu, melintang patah namun kami takkan mengalah.
Allah Tuhan Kami,
Rasul Ikutan Kami,
Al Quran Panduan Kami,
Syahid Cita-cita Kami,
Jihad Jalan Kami..... ALLAHUAKBAR!
Peringatan daripada,
Pok Nik,
Kelantan, MALAYSIA।
-dipetik dari web husammusa.com
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment