N45 SELAT KLANG
Jumlah Pengundi: 28,908
Peratusan Kaum: M:64.4% C:26.0% I:9.3% B/Sab: % B/Swk: % L:0.3%
1. Norliza Ahmad (BN)
2. Dr. Halimah Ali (Pas)
Penyandang: Norliza Ahmad (BN)
(Majoriti: 6,085 undi)
Hari ini wak melawat Selat Kelang. Menurut berita dari teman teman, perang poster di sana terlalu berat sebelah. Betul ke? Wak pun bertolak dari Kuala Lumpur dan petang sampai lah ke Sungai Pinang melalui Sungai Bertik. Teman sudah pun menanti disana.
Beberapa jalan utama dan susur keluar kawasan dipenuhi dengan bendera pas tersangkut di sepanjang tiang elektrik. Kiri dan kanan. Bayangkan berapa batang tiang elektrik di kawasan tersebut. semuanya sudah menjadi hijau.
Bendera UMNO dan BN cuma kelihatan di simpang simpang jalan dan bilik gerakan. Menyedihkan. Mungkin ada masalah atau mungkin ada yang tidak kena.
Melalui jalan jalan di sekitar berpusing pusing dan akhirnya berehat seketika di Sebuah restoran untuk mendengar cerita dari penduduk kampung. Wak dah pesan ..... buka mata, pasang telinga. Dengar bualan. Orang lelaki mengumpat sambil minum kopi, minum petang.
Menurut cerita penduduk kampung. Kali ini pertembungan cukup hebat. Tidak seperti yang sebelumnya. Pada pilihanraya yang lepas PAS di wakili oleh suami calun sekarang. Kalah dan belanja yang dikeluarkan banyak. Dan pada tahun ini, isterinya pula mewakili parti yang sama, DR HALIMAH ALI.
Menurut penduduk, Dr ini hebat orang nya. Cukup sesuai untuk ditemukan dengan Norliza Ahmad. Orang orang penting UMNO sedang menggelupur di pejabat gerakan. Asyik dengan meeting dan penantian. Menurut mereka lagi, semalam stok bendera sampai sebanyak 8 guni. Semuanya habis. Jentera UMNO dan BN berebut rebut untuk mendapatkan stok yang sedikit itu.
Menurut salah seorang jentera yang cuba mendapatkan bendera itu berkata, mukanya terkena siku kerana berebutkan bendera. Kalau tiada bendera mereka tidak boleh dapat wang. Kalau ada kerja ada gaji dan kalau ada bendera yang datang, terpaksa lah mereka berebut. Mereka turut merungut bahawa ada sahaja yang tak kena pada tahun ini. Dah la T Shirt tiada, bendera dan poster pun kurang. Kemana pergi agaknya?
Ketika duduk di gerai, kelihatan beberapa buah kenderaan yang memasang bendera PAS berlegar di kawasan kampung dan jalanraya. Riuh rendah dengan suara mereka. Keadaan ini dikatakan tidak seperti 4 tahun yang lepas. Mereka lebih bersemangat untuk berjuang dengan PAS.
Selepas duduk beberapa minit, wak pun berlalu pergi sambil melalui pejabat gerakan yang kelihatan beberapa orang sedang duduk bersembang dan ada antara mereka sedang termenung. Mungkin menunggu bendera atau poster yang tidak kunjung tiba. Tahun yang sungguh KESIAN buat BN.
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment