KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

PEMBANGKANG TAK PERLU BAYAR CUKAI

Saluran media pembangkang lebih bebas

BAGAN DATOH: Timbalan Menteri Penerangan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyekat parti-parti pembangkang daripada menggunakan media untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Pembangkang mempunyai medium media sendiri untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak dan pengundi tanpa disekat oleh kerajaan...jika kerajaan menyekat bolehlah pembangkang menuduh kerajaan tidak adil memberi peluang kepada pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Balai di sini Khamis.

Parti-parti pembangkang sebenarnya lebih bebas kerana mempunyai saluran media sendiri melalui media cetak dan elektronik, katanya.

"Kita tahu mereka ada blog sendiri untuk menyampaikan maklumat yang tidak baik kepada khalayak dan sangat sedikit laporan yang positif disampaikan," katanya merujuk kepada penggunaan internet yang sebagai satu lagi saluran pembangkang menyampaikan maklumat. - MStar

DAPAT IJAZAH BUKAN LAGI PANDAI .... MALAH LAGI BODOH

Bukan nak tunjuk pandai tapis sekadar nak bertanya, "APA kah dia SALURAN MILIK PEMBANGKANG DAN APA kah dia SALURAN MILIK KERAJAAN?". Kalau Kerajaan kata TV dan Radio sebagai milik BN, maka silap besar. Kerana itu lah saya katakan Zahid Hamidi sebagai pemegang ijazah yang bodoh. Ijazah yang mungkin dibayar atau ijazah yang diperolehi melalui kuasa politik. Bila nak pilihanraya, ijazah pun keluar.

Sebenarnya RTM dan media yang dijalankan oleh kakitangan kerajaan adalah milik rakyat. Rakyat bayar gaji mereka melalui cukai yang dibayar, tidak berkecuali. Malah pendatang asing pun turut membayar cukai. Tapi apa yang menjadi perkara biasa buat BN adalah, menyangka bahawa semua kemudahan ini adalah milik BN.

Kalau BN benar benar mahu labelkan RTM dan saluran media milik kerajaan sebagai milik BN, maka pembangkang tidak perlu bayar cukai
. Di kecuali kan cukai semua barang yang dijual kepada pembangkang termasuk tol sekali dan kita lihat sejauh mana Semua saluran ini boleh beroperasi. Silap silap berhutang piutang la.

Nak dapat ijazah guna otak dan pemikiran. Kalau dapat ijazah tapi akal tidak seperti berijazah, lebih baik jadi Samy Velllu. Cakap merapu dan bila tanya kelulusan .... dia sendiri pun tak tahu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive