KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

HUJAN CUBA SEDARKAN RAKYAT SHAH ALAM

Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pukul 5.30 hingga 6.30 petang Rabu.

Pegawai Perhubungan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir kilat itu daripada orang ramai melalui bilik gerakan antara pukul 5.30 dan 6 petang.

Katanya antara kawasan yang dinaiki air meliputi Seksyen 2, Seksyen 4, Seksyen 13, Seksyen 31, Kampung Sungai Kuning, Sungai Rasau, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya dan beberapa taman perumahan di Batu 3.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada penduduk yang dipindahkan ekoran banjir kilat itu.

Sementara itu, hampir 50 penghuni kawasan perumahan Seksyen 4 bergegas menyelamatkan barangan berharga serta dokumen penting daripada musnah apabila kawasan itu ditenggelami air. (TAK SEMPAT SELAMAT .... bro)

Seorang penduduk, Ramli Yusof, 64, berkata punca utama kejadian berlaku dipercayai akibat daripada air hujan yang melimpah dari longkang bersebelahan perumahan mereka.

Ramli yang sudah 22 tahun menetap di perumahan itu berkata hujan lebat menyebabkan paras air dari longkang itu naik secara mendadak sehingga ke paras pinggang.

"Kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan perabot dan barangan elektrik kerana tidak sangka akan berlaku banjir kilat selepas hujan berhenti," katanya.

Mohd Hafiz Nurhan, 23, berkata dia dan dua rakannya yang baru menetap di kawasan itu panik apabila air mula naik hingga ke paras pinggang.

"Saya dan rakan saya terus menyelamatkan dokumen penting dan komputer.

"Malangnya, mesin basuh dan beberapa barangan elektrik lain tidak dapat diselamatkan kerana air naik mendadak.

"Saya terus lari keluar rumah dan lihat keadaan agak kelam kabut di luar apabila semua penghuni cuba menyelamatkan kenderaan, namun hanya segelintir saja berjaya," katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik Datuk Ahmad Nawawi M. Zin turun padang bagi meninjau perkembangan penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive