Abdullah Kesal Tindakan Pembangkang Timbulkan Kekecohan Di Lunas
bernama.com
JERLUN, 27 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menimbulkan kekecohan semasa majlis makan malam anjuran masyarakat Cina dan penyokong Barisan Nasional (BN) di Lunas dekat sini malam tadi sebagai perbuatan orang kecewa.
Perdana Menteri berkata pembangkang kini terlalu kecewa kerana tidak mendapat sokongan rakyat menyebabkan mereka cuba menimbulkan keadaan huru-hara.
"Mereka terlalu terdesak dan disebabkan itu mereka timbulkan kekecohan dan itulah pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Padang Sera di kawasan Parlimen Jerlun hari ini.
Dalam kejadian malam tadi, sepasukan polis pencegah rusuhan terpaksa bertindak menyuraikan lebih 1,000 orang penyokong pembangkang yang menimbulkan kekecohan ketika para penyokong BN menunggu ketibaan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu bagi menghadiri majlis makan malam itu.
Kumpulan penyokong pembangkang itu membawa berpuluh-puluh sepanduk dengan tulisan yang bermaksud meminta supaya Presiden MIC itu berundur dari kerajaan dan parti berkenaan.
Keadaan menjadi semakin tegang selepas kehadiran calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang ditahan daripada memasuki majlis itu yang diadakan dalam kawasan tokong Cina.
Polis akhirnya berjaya menyuraikan kumpulan penyokong pembangkang itu dengan menahan seorang remaja yang menimbulkan kebisingan dengan memasang kuat lagu Tamil menggunakan pembesar suara.
No2umno - Siapa yang suruh Samy berundur? Pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin dan pembangkang berdepan dengan Samy Vellu. Bukannya suruh dia berundur. Kecuali lah mereka itu dari HINDRAF atau MIC. MIC adalah komponen parti BN dan HINDRAF bukan lah pembangkang. Mereka dikatakan sebagai persatuan yang tidak didaftar....... Sementara N. Gobalakrishnan hanya datang melihat. Kenapa Dollah Bodoh sangat?
Feb 28, 2008
Kenapa Dollah bodoh sangat?
Labels: Belit Dollah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment