KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

Polis tidak benarkan Calon Dun Cempaka berceramah di balai

Roy Rasul
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Calon PAS N.21 Chempaka, Iskandar Samad, kesal dengan pihak polis yang tidak membenarkan beliau mengadakan ceramah kepada anggota pasukan polis di dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan Balai Polis Pandan Indah hari ini.

Menurut Iskandar, beliau menghantar permohonan kepada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bagi membenarkan beliau berceramah di dua balai berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hasan memaklumkan kepada wakilnya, Meor Rithuan Mohd Said, permohonannya tidak diluluskan.

"Beliau tidak beritahu kenapa permohonan ditolak tetapi menyatakan arahan dari pihak atasan.

"Anggota pasukan polis merupakan pengundi berdaftar, walaupun mereka adalah pengundi pos, mereka berhak mendengar penerangan dari semua parti politik," katanya.

Lagipun dakwanya, selama ini mereka berpeluang mendengar penerangan daripada Barisan Nasional (BN) melalui televisyen dan radio.

Oleh sebab itu, katanya, tidak adil jika mereka tidak diberi peluang untuk mendengar dari parti-parti lain yang bertanding. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive