Esok semakin panas,Anwar dedah pita video terbaru lakonan Lingam catur hakim
Oleh Zulkifli Mohamed
malaysia-today
Esok dijangka semakin panas. Belum selesai isu klip video VK Lingam yang sedang ‘dibicarakan’ oleh Suruhanjaya Diraja, Anwar Ibrahim individu yang mendedahkan korupsi kehakiman negara, mengumumkan beliau memperolehi satu lagi klip video terbaru yang mengaitkan Lingam dengan beberapa individu penting negara.
Anwar menerima klip video tersebut Jumaat lepas sekembalinya beliau dari Hong Kong dan akan mendedahkannya esok (Isnin).
“Sekembali saya dari Hong Kong petang Jumaat, saya memperolehi klip video terbaru mengaitkan lagi pelakon utama VK Lingam, para hakim pilihan, tauke judi Vincent Tan, sekutunya Tengku Adnan Mansor serta bekas PM Tun Dr. Mahathir.
“Tunggu dan saksikan adegan menarik Isnin nanti inshaAllah,” jelas Anwar dalam blognya.
Secara sinis Anwar berkata; Apa pula kata ahli Suruhanjaya? Tidak relevan, lupa, atau bukan bidang kuasa kami?
Selanjutnya cerita Anwar ketika beliau menyampaikan ceramah di Petra Jaya dan Kuching, Sarawak, semalam yang menyentuh isu pita Lingam, orang ramai menjerit “cubaan….cubaan….cubaan”.
“Manakala saya menceritakan kisah Tun Eusoff Chin - yang kebetulan satu penerbangan dengan VK Lingam, kebetulan satu van, kebetulan satu hotel dan kebetulan satu penempahan oleh kedua setiausaha mereka, - maka jeritan dari khalayak: cubaan….cubaan….cubaan (cuba teka siri Bujang Lapok yang mana?), ujarnya
Anwar sebelum ini mempersoalkan keengganan Suruhanjaya Diraja yang tidak memanggilnya memberi keterangan, meskipun beliau telah disapina sebagai saksi kelima kes tersebut.
“Saya seorang dikehendaki Suruhanjaya menjelaskan kenapa saya ingin beri perterangan. Mengapa saya pula dari semua saksi dalam senarai yang harus memberi penjelasan?” tanya Anwar.
Anwar berkata dia mempunyai maklumat yang sangat relevan dan mendesak, termasuk fakta-fakta baru. Nama Anwar disebut dua kali dalam video tersebut.
Ekoran pendedahan pita video tersebut,Anwar pernah diugut oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) beliau akan didakwa dan dipenjarakan sekiranya tidak mendedahkan maklumat penuh pita Lingam.
Bagaimanapun, beliau bertegas akan mendedahkannya sekiranya ditubuhkan Suruhjaya Diraja.
Temui pelabur Hong Kong
Sementara itu, dalam catatan ringkasnya Anwar menceritakan tujuan kunjungannya ke Hong Kong bagi menemui kumpulan peniaga dan pelabur, Khamis lepas.
“Pertama, mereka memohon himbauan saya mengenai prospek ekonomi serantau akibat krisis institusi kewangan Amerika. Dan kedua, reaksi saya bersabit pengumuman pentadbiran Hong Kong mahu memperkenalkan perbankan dan pelaburan Islam di sana.
“Malangnya minat terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing menjunam, hinggakan lebih rendah dari Singapura, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Pertemuan saya dengan media internasional diselenggarakan oleh Komisi Hak Asasi Asia di Hong Kong,” ujarnya.
Selagi Abdullah PM kami tidak akan melabur di Malaysia
Sementra itu, ekspatriat Malaysia, di Dubai Fudzail menceritakan bagaimana seorang ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai yang ditemuinya di sana berkata pihaknya tidak akan melabur di Malaysia sekiranya Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
"Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!" jelasnya.
Bahkan ada yang bertanya kepadanya; "Bila Anwar akan jadi PM?”
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment