KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA

Polis Kenal Pasti Individu Ugut Pengerusi MIC Johor

JOHOR BAHARU, 27 Jan (Bernama) -- Polis sudah mengenal pasti individu yang dipercayai membuat panggilan ugutan bunuh terhadap Pengerusi MIC Johor, Datuk K.S. Balakrishnan.

"Kita sudah mengenal pasti orang yang membuat panggilan ugutan bunuh itu, tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut kerana semuanya masih di dalam siasatan," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff kepada pemberita selepas melancarkan Program Memerangi Jenayah dan Kempen Rumah Selamat sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Beliau berkata Balakrishnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor telah membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut dan sudah memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Balakrishnan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas, kelmarin mengesahkan bahawa beliau merupakan pemimpin MIC yang menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon.

Mengenai Program Memerangi Jenayah dan Kempen Rumah Selamat berkenaan, Mohd Mokhtar berkata ia bertujuan mencegah kejadian jenayah terutama pecah rumah ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata orang ramai boleh memaklumkan kepada polis mengenai rumah mereka yang ditinggalkan kosong semasa perayaan tersebut.

No2umnO - Keraguan kerap timbul. Bila cerita tentang tertangkapnya pembunuh, hati mula berkata kata. Betul ada tidak. Yang pasti ugutan tidak bermakna membunuh. Mungkin hanya ugut dan bukti bunuh tiada. Semuanya boleh dirancang dan boleh temberang. Undang undang dan sistem kehakiman menjadi celaru kerana ada wang semua boleh menang. Benar atau tidak ..... kita hanya boleh tonton. Sorak jangan lagi kerana pemenangnya mungkin sedang memandang. Hmmmm...kita lihat siapa yang kena, siapa terkena dan siapa yang patut kena tapi masih boleh tidur lena. Macam macam boleh berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional. Berani walaupun salah, takut walaupun betul.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive