Hamas terus tekan Mesir - *Pejuang guna jentolak buka laluan kenderaan *Tidak hirau amaran Kaherah
Utusan Meloya
KENDERAAN dari Gaza merentasi sempadan di Rafah untuk ke bandar El Arish selepas pejuang Hamas membuka laluan lebih besar untuk membolehkan penduduk Palestin ke Mesir dengan lebih mudah, semalam.
RAFAH , Palestin 26 Jan. – Penduduk Palestin dari Genting Gaza hari ini buat kali pertama memasuki Mesir dengan menaiki kenderaan selepas pejuang Hamas menggunakan jentolak untuk membuka laluan kenderaan di sempadan yang dibolosi sejak lima hari lalu.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, berpuluh-puluh anggota polis pencegah rusuhan Mesir membentuk rantaian manusia untuk menyekat dua laluan yang digunakan oleh kenderaan di sempadan tersebut.
Beberapa kenderaan berperisai Mesir mengambil kedudukan untuk membantu anggota polis berkenaan.
Sebelum itu pengawal sempadan Mesir hanya memerhatikan kereta bernombor pendaftaran Gaza dan Mesir lalu di hadapan mereka.
Pasukan pencegah rusuhan Mesir semalam menggunakan meriam air dan anjing untuk cuba menutup semula sempadan tetapi menghadapi tentangan pejuang Hamas.
Pejuang di Gaza menggunakan jentolak untuk menumbangkan lebih banyak tembok sempadan termasuk kepingan konkrit sambil diperhatikan oleh pasukan keselamatan Hamas.
Tindakan mereka memaksa pasukan keselamatan Mesir berundur. More...
No2umnO - Islam terus membiarkan umat Islam dibaham oleh bangsa Yahudi. Pemimpin seperti ini menggunakan Palestine sebagai modal politik sahaja. Untuk membantu dan berjuang, jauh sekali. OIC pun cakap sepatah ... lepas tu senyap. Semuanya tak boleh PAKAI !!!
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment