membebel.
Aku percaya jenis blog yang aku buat ini bakal mengundang berbagai spekulasi. Ke”sinis”an ayat2 dan pandangan yang aku utarakan ada yang suka dan pasti juga ada yang tak suka. Aku tak kisah jika tiada orang yang membaca, apatah lagi menyokong. Ini kerana traffic itu datang sendiri. Kedahagaan kepada informasi2 yang terkini dan tepat berbanding olahan media perdana itu menyebabkan pengunjung mencari. Sebab itu lah aku di sini!
Aku bukan orang kerajaan dan bukan juga orang pembangkang. Walaupun aku adalah free thinker tapi aku orang Islam. Tok Guru Nik Aziz adalah Idola aku. Tak semestinya aku orang Pas, kan? Haha. Biar apa orang kata tentang gaya penulisan aku. Gaya aku membalas komen. Macam korang la jugak. Saper tak panas bila ada orang drop komen macam haram? Bila korang drop komen macam haram, memang aku sakit hati tapi aku akan buat korang lagi sakit hati dengan:
1. Edit komen korang
2. Dedahkan i.p korang
3. Balas balik dengan komen maha pedas
Cukup lah tiga perkara tu aku akan balas. Hukum karma kena tau. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Budak tadika dah hafal dah pun. Korang yang cerdik pandai takkan la tak tahu kan kan kan? Ekeke.
Kenapa aku marah kerajaan?
Dengan keadaan politik sekarang nih, orang kerajaan sendiri pun marah kerajaan. Cuma mereka tak berani nak tunjuk. Semua nak jaga periuk nasik masing2. Ya! Aku percaya begitu lah adanya! Pak sedara aku semuanya dah masuk Pas sebab tak tahan kena tipu ngan BN/ UMNO. Saper suruh? Kesedaran sendiri la. Rupanya selama ini kerajaan tipu semata2. Segala barang naik. Itu naik, ini naik! Segala subsidi bakal ditarik! Korang tak marah ke? Korang still nak percaya kepada berita2 di media perdana ke? Hanya orang tak waras sahaja yang akan percaya. Kalau pasal politik, orang kita malas membaca! Pastu kalo jumpa perkara2 benar di internet, mula mengamuk tak tentu pasal sebab tak setuju. Sendiri pemalas nak cari ada hati nak komen lebih2.
Orang macam ni baik sembelih bagi makan anjing saja! Hidup pun langsung tak guna! LOSER!
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment