attakiri
Bersempena dengan pilihanraya yang ke dua belas (PRU 12) ini, kerajaan BN sekali lagi cuba memancing undi dengan menyebut Islam sebagai modalnya. Tetapi sayang, kefahaman mereka terhadap Islam cukup cetek sekali. Mereka faham tentang Islam sekadar untuk membina masjid semata-mata tetapi cara untuk memakmurkan masjid mereka tak belajar. Tengoklah kepada pembinaan masjid kristal di terengganu yang menelan belanja jutaan ringgit. Akhirnya masjid itu menjadi seperti perhiasan semata-mata. Masjid ini begitu dibanggai semua pimpinan UMNO diperingkat dan pusat. Nabi membina masjid bukan untuk bermegah-megah. Tetapi nabi membina masjid adalah untuk dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Inilah padahnya kalau kefahaman mengenai Islam hanya sekerat-sekerat.
Yang terbaru ialah tawaran daripada TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri kelantan bahawa mereka akan membina pusat tamadun Islam di kelantan dengan membina masjid-masjid dan sebagainya lagilah. Masjid juga yang disebutnya. Saya bukan membenci kepada pembinaan masjid. Tetapi kita membina masjid yang begitu banyak, tetapi siapa yang nak mengimarah? Sedangkan pengkuliah yang diberi tauliah oleh kerajaan negeri dikurangkan. Pendidikan agama disekat. Contoh apa yang kerajaan terengganu memperlakukan kepada mahasiswa terengganu yang berada di Syria. Zakat mereka ditarik semenjak tahun 2004, ketika itu, kelulusan zakat telah dikeluarkan. Tetapi sampai sekarang duit zakat itu masih tidak sampai ke tangan. UMNO ni pandai membina masjid, tetapi nak membina orang yang mengimarahkan masjid tak pandai. more...
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment