KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kluang Dituduh Pecah Amanah!

Tranungkite
Artikel Oleh khairulfaizi

Dalam suasana seluruh jentera parti sedang bergelut untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini, UMNO di Johor terus dirundung malang apabila seorang lagi pimpinan muda UMNO diheret ke mahkamah atas tuduhan menggelapkan cek.

Saya semenangnya telah mendengar maklumat ini sejak beberapa bulan yang lalu namun perkara ini masih lagi berlegar-legar dikalangan masyarakat di Kluang.

Semalam saya telah dihubungi oleh beberapa orang kenalan yang memaklumkan bahawa sdr Azman Ibrahim telah disoal siasat oleh polis tetapi maklumat masih samar-samar lagi. Namun ia telah disahihkan apabila berita ini disiarkan dalam Harian Metro cetak dan internet. Walaupun Harian Metro tidak menyatakan jawatan beliau dalam parti tapi sememangnya beliau cukup dikenali di Kluang.

Awal bulan ini seorang pimpinan UMNO Bahagian Air Hitam ditangkap khalwat di Kluang pada 2 Januari 08 dan akan dibicarakan pada awal bulan Februari '08. Selepas itu dalam mesyuarat Khas MCA Johor yang diadakan di Kluang telah melantik Dr Cua Soi Lek sebagai Penasihat MCA Johor. Semalam pula Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kluang pula dituduh pecah amanah.

Apapun, mahkamah akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
....

Peguam tak mengaku seleweng RM637,500 - Harian Metro.

BATU PAHAT: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1, di sini, semalam terhadap pertuduhan menggelapkan sekeping cek bernilai RM637,500 milik pelanggannya, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor, Cawangan Kluang, dua tahun lalu. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive