hanfeitsu
Entah mengapa pagi ini aku merasa agak risau. Risau atas banyak sebab dan yang terutama sekali pagi ini adalah dengan Majlis Pelancaran Kelab Penyokong PAS India Johor yang dijadual berlangsung pukul 10.00 pagi ini.
Entah mengapa pagi ini aku merasa agak risau. Risau atas banyak sebab dan yang terutama sekali pagi ini adalah dengan Majlis Pelancaran Kelab Penyokong PAS India Johor yang dijadual berlangsung pukul 10.00 pagi ini.
Malam tadi, Haji Zul menghubungiku dan menyebut Mat Sabu belum dibebaskan polis setelah ditahan sewaktu Protes di KLCC semalam. Aduh, macam mana ni? Siapa mahu merasmikan program di Skudai tengahari ni? Kehadiran Mat Sabu memang diminta oleh ramai rakan-rakan kaum India di Johor. Entahlah, hanya-sanya kuasa Allah yang mampu memberi keizinan kepada Tuan Haji Mohammad bin Sabu untuk bersama-sama kami dalam program hari ini.
Sdr. N. Gobalakrishnan pula sudah pun sampai di Johor petang semalam lagi. Beliau sempat berceramah di salah sebuah kuil di sini petang semalam. Pada sebelah malamnya pula, beliau berucap kepada hampir seratus penyokong PAS dan PKR di Taman Mawar, Pasir Gudang.
Malam tadi, terasa seakan-akan ucapannya tidak begitu menyengat. Mungkin beliau keletihan bergerak ke seluruh negara bagi memperjuangkan nasib rakyat terbanyak. Sejarahku mengenali nama Gobala ini sebenarnya sudah lama. Dahulu, sewaktu masih di bangku sekolah, rasanya sebelum PMR tahun 1999, abah membawaku ke Kampung Pahi untuk mendengar ceramah N. Gobalakrishnan.
Kata abah, Gobala akan berucap di hadapan kaum India di estet Pahi malam ini. Dan, malam itu, bukan setakat orang India, tetapi orang Melayu sendiri datang membanjiri padang JPA3 di Pahi. Gobala memberikan ucapan yang berapi-api sesuai dengan semangat reformasi yang sedang hebat melanda tanah air. Beliau juga baru dibebaskan daripada tahanan ISA pada waktu itu.
Dan, satu perkara yang saya tidak pernah lupakan sampai ke hari ini adalah apabila beliau yang masih lagi Hindu (sehingga kini) telah membacakan sepotong ayat suci Al-Quran di dalam ceramah itu.
و مكروا و مكر الله و الله خير الماكرين
Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik - baik perancang.
Ayat-ayat dari Al Anfaal 30 itu melekat dalam jiwaku hingga kini. MasyaAllah, hebat sungguh penangan ujian tarbiah buat pejuang-pejuang Islam hingga tempiasnya terkena kepada aktivis non-muslim seperti Gobala. Moga-moga Allah memberikan hidayah kepadanya suatu hari nanti.
Satu lagi ayat yang sering kami sebutkan adalah apabila dalam satu ceramah dihadapan penyokong PAS, Gobala berkata;
"Saya beragama Hindu, nanti mati masuk neraka. Tapi itu Dr Mahathir, masuk neraka lebih bawah lagi daripada saya!"
Ucapannya disambut dengan deraian ketawa para hadirin dan kami mengingati kata-kata itu juga hingga kini. Memang Gobala marah betul pada Mahathir.
...................
Menulis di blog kadang-kadang menenangkan, memberi satu jenis kepuasan yang tersendiri. Namun, hati masih lagi runsing dengan kehadiran Abang Mat Sabu pagi ini. Moga-moga Naib Presiden PAS itu akan diizinkanNya untuk hadir ke Johor pagi ini. Ameen.
p/s: Laporan program akan saya susulkan selepas ini. Seawal-awalnya malam nanti, InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment