Ketua Perusuh
Di mana-mana sekarang ini kita boleh dengar rata-rata rakyat akan berbicara dan berteka-teki tentang tarikh pilihanraya ke-12 Malaysia. Kita boleh dengar ianya dibicarakan di kedai-kedai kopi, warung, stesen teksi atau bas, masjid atau surau, pasar basah atau pasar raya, rumah atau pejabat mahupun di dalam pawagam.
Semalam ketika saya menghadiri satu majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh sebuah syarikat teknologi luar negara, cerita yang sama juga kedengaran. Malah soalan mengenai pilihanraya ini juga ditanya oleh CEO syarikat teknologi asing ini kepada saya. Beliau bertanya kepada saya mengenai anggaran tarikh pilihanraya ke-12 kali ini dan berapa momentum penguasaan Kerajaan Barisan Nasional yang saya boleh anggarkan.
Walaupun soalan ini boleh dikatakan lucu ditanyakan kepada seorang rakan niaga yang tidak ada kena mengena dengan pentadbiran kerajaan, namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya cuba juga menjawab akan persoalan yang ditanya oleh CEO tersebut.
Saya menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi pastinya akan memilih satu langkah selamat untuk beliau meneruskan kekuasaan pentadbirannya. Jadi mengikut percaturan umum, pastinya Abdullah Ahmad Badawi akan menganjurkan satu pilihanraya umum ke-12 sebelum Anwar Ibrahim dapat peluang untuk menjadi calon. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kemungkinan Abdullah Ahmad Badawi akan menggunakan idea tersebut untuk percaturan pilihanrayanya.
Namun saya ingin menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi pastinya akan mengumumkan pilihanraya selepas April 2008. Ini kerana Abdullah Ahmad Badawi percaya sekiranya Anwar kalah dalam pilihanraya umum ke-12 ini walaupun dengan majoriti kecil, Anwar Ibrahim tidak akan langsung menjadi batu penghalang atas penguasaan Abdullah Ahmad Badawi.
Oleh itu saya pasti Abdullah Ahmad Badawi akan menghapuskan pengaruh Anwar Ibrahim “once and for all”. Inilah yang sedang direncanakan oleh semua balachi dan orang-orang kepercayaan Abdullah Ahmad Badawi & Co. Khairy Jamaluddin khabarnya sedang menyiapkan beberapa strategi untuk membuat Anwar Ibrahim kalah dengan undi yang besar.
Kepada CEO syarikat teknologi tersebut, saya ada menegaskan juga bahawa momentum kekuatan pengaruh (virtual) Barisan Nasional kini sedang meningkat walaupun rata-rata rakyat Malaysia beranggapan bahawa kali ini Barisan Nasional akan kalah teruk. Kekuatan pengaruh ini khabarnya dikukuhkan oleh sikap warga Malaysia yang mudah digula-gulakan terutamanya dikawasan pedalaman atau kampung.
Nisbah pengundi di kawasan kampung adalah amat besar berbanding dengan pengundi dikawasan bandar dan ini secara tepatnya akan mempengaruhi jumlah kerusi yang akan diterima oleh oleh Barisan Nasional kali ini. Maklumat yang saya dapat kini menunjukkan bahawa peratusan pengundian akan berubah dibeberapa kawasan yang kini dipengaruhi oleh parti pembangkang seperti DAP dan PAS.
Berbalik kepada isu apa ada dengan pilihanraya yang dijadikan tajuk komentar kali ini, saya ingin mengenengahkan satu hipotesis saya mengenai keputusan pilihanraya umum ke-12 yang mungkin akan dibuat selepas bulan April 2008.
Hipotesis yang saya maksudkan adalah;
Barisan Nasional akan merampas beberapa kawasan utama yang kini dikuasai oleh pembangkang terutamanya di Kelantan dan Terengganu hasil daripada pengubahsuaian data pengundi disana yang telah siap dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Barisan Nasional juga berkemungkinan besar akan memerintah negeri Kelantan selepas pilihanraya ini. Kajian risikan menunjukkan bahawa beberapa peti undi akan menunjukkan peningkatan mendadak undian terhadap BN dengan campurtangan dan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Beberapa peti undi dikawasan bandar terutamanya dikawasan Lembah Pantai, Cheras dan Bukit Bintang akan menerima beberapa undi tambahan (mengundi BN) sehinggakan dijangka akan ada peti undi dari kawasan ini yang amat lambat untuk dikira. Kawasan Shah Alam dijangkakan akan juga menerima lebihan undi BN yang tidak diketahui asal usulnya terutamanya dikawasan Seksyen 7 dan 8.
Di Ipoh Timur pula Barisan Nasional dijangkakan akan menerima peratusan undi yang agak besar berbanding pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004. Kampar dan Batu Gajah di Perak pula akan menunjukkan peningkatan undi BN sebanyak 10 ~ 15%. Manakala beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang dijangkakan juga akan menerima kesan yang sama.
Namun akan ada beberapa kawasan di Johor dan Melaka yang akan memberikan Barisan Nasional satu tamparan kerana akan berkurang sedikit undi untuk mereka berbanding pilihanraya umum sebelumnya. Ini termasuk di kawasan Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Labis. Namun begitu bagi kawasan Kota Tinggi dan Mersing, dijangkakan BN akan memperolehi mandat yang besar kali ini.
Walaupun Barisan Nasional dijangka akan memenangi pilihanraya umum ke-12 ini namun ianya cuma dijangkakan akan mendapat peratusan undi cuma 96% sahaja. Itupun berdasarkan kepada laporan risikan yang telah dijalankan. Risikan yang telah dijalankan hampir setahun bagi pilihanraya umum ke-12 ini adalah sama seperti risikan yang dilakukan pada tahun 1999 dan 2004 dahulu.
Jan 27, 2008
Apa Ada Dengan Pilihanraya?
Labels: Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment