KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

Perhimpunan Aman Rakyat: Strategi Baru UMNO

anakbapa

Saya menganggap tindakan ‘paranoia’ pihak polis ini berkait rapat dengan tekanan yang dihadapi oleh Pak Lah dan UMNO menjelang pilihanraya umum akan datang (diberitakan pembubaran parlimen ialah pada 26 Februari 2008 dan pengundian pada 15 Mac 2008). Pak Lah benar-benar ingin menutup segala perkara yang boleh memburukkan imej BN agar ‘feel good factor’ mudah di’spin’ oleh satu lagi kuda tunggangan mereka iaitu akhbar dan tv. Beliau tidak mahu sebarang isu atau insiden yang boleh menggangu gugat tarikh pilihanraya ini kerana jika ditangguhkan lagi, faktor Anwar layak bertanding tentunya lebih menggerikan lagi.

Lagi satu sebab kenapa tindakan liar pihak polis iaitu untuk ‘mengajar’ rakyat yang lain bahawa polis akan mengambil tindakan yang serupa ke atas mereka jika mereka berani menyertai perhimpunan serupa di masa-masa akan datang. Dalam perkataan lain mereka cuba mewujudkan ‘fear culture’ di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jika sekiranya 58 orang yang ditahan setakat ini tidak dibebaskan malam ini, maka ini membawa satu lagi implikasi bahawa Pak Lah cuba memberi tekanan kepada yang ditahan dan mereka-mereka yang bakal ditahan bahawa kepayahan di dalam bentuk kewangan yakni ikat jamin dan naik turun mahkamah. Pendekata, strategi baru mereka ialah menakut-nakutkan rakyat dengan tangkapan, ikat jamin dan naik turun mahkamah walaupun kita tahu akhirnya OKT ini akan dibebaskan kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mereka hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang mengamalkan prinsip demorasi yakni hak berhimpun secara aman.

Sikap tidak professional polis berkait rapat dengan kebejatan ketua mereka, Musa Tilam yang merupakan kroni ‘hard core’ UMNO. Rakyat ditangkap sewenang-wenangnya kemudian diperlakukan dengan kasar sedangkan perompak penyamun termasuk yang membunuh adik Nurin dan yang mencolek adik Sharlinie masih berkeliaran mencari mangsa baru. Ratusan polis dikerah menjaga rakyat yang datang secara AMAN untuk membantah kebejatan pemimpin UMNO di dalam menanggani masaalah kenaikkan kos sara hidup sedangkan khidmat mereka diperlukan untuk menanggani jenayah di tempat lain. Tetapi apa nak dikata, kalau atas dah haprak sampai ke ekorlah hapraknya. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive