Samy Vellu Desak Kit Siang Mohon Maaf Hina Agama Hindu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pengerusi DAP Lim Kit Siang hari ini didesak agar memohon maaf kepada semua penganut agama Hindu atas tindakannya yang boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap agama berkenaan.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu berkata permintaan Lim dan timbalan pengerusi parti itu, M Kulasegaran agar semua penganut agama Hindu membawa lilin ke dalam kuil adalah satu tindakan yang mencemar kesucian agama itu.
DAP mempergunakan penganut agama Hindu untuk kepentingan politik mereka tanpa mengambil kira sensitiviti agama itu, katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Belia India 2008 bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said di sini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Lim dan Kulasegaran yang mengajak semua penganut agama Hindu menyalakan lilin di dalam kuil sebagai tanda protes terhadap penahanan lima pemimpin kumpulan yang dinamakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya berkata Lim perlu memohon maaf secara terbuka kerana menggunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.
"Beliau tak tahu apa-apa mengenai Hinduism. Dia mempermain-mainkan Hinduism. Kulasegaran juga seorang Hindu, tetapi dia pun tak peka dengan perkara ini.
"Dalam Hindu kami hanya dibenarkan menyalakan sejenis lampu atau api untuk upacara keagamaan, tapi bukan membakar sebatang lilin dan membawanya ke dalam kuil," katanya.
Samy Vellu berkata sungguhpun isu Hindraf sudah tidak ada lagi tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berselindung di sebalik "selimut" Hindraf untuk melakukan "semua perkara karut itu."
Masanya sudah tiba untuk masyarakat di Ipoh Timur khususnya penganut agama Hindu menolak Lim sebagai wakil rakyat mereka kerana tindakannya itu yang mencemarkan agama Hindu, katanya.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment