KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 27, 2008

Renungan nasib Melayu

tintakeris

Oleh: DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS

SEKIRANYA diteliti ucapan-ucapan siasah Dato’ Onn Ja‘afar, kita akan mendapati bahawa apa yang dihasratkan oleh pentadbiran beliau bukan sekadar untuk menuntut kemerdekaan dari kerajaan penjajah British, dan bukan juga bertujuan semata-mata untuk pembangunan kuasa siasah Melayu atau ke arah kemajuan ekonomi orang Melayu.

Tujuannya yang lebih besar ialah untuk berjuang menghapuskan sifat haiwaniah manusia yang keji, dan dalam hal ini ia merujuk kepada sikap sesetengah orang Melayu yang pernah satu ketika tidak dapat menerima teguran, yang cenderung untuk memfitnah, hasad, cemburu, takbur, tamak dan tunduk kepada pihak penguasa yang zalim. Contohnya, Onn menyebut bahawa, “Ada dua tempat orang Melayu hendak bertenggek; pertama, kepada jiran-jiran mereka; kedua, kepada musuh orang Melayu… kita tidak seharusnya memikirkan usaha untuk mendapatkan kedudukan sahaja di masa yang sama kita menolak bangsa kita.” Istilah ‘bertenggek’ dalam bahasa Melayu biasanya dikaitkan dengan burung yang hinggap di atas dahan. Walau bagaimanapun, perkataan bertenggek dalam hubungan ini tidak membawa apa-apa makna yang dapat difahami. Maka, kita perlu mentafsirkan secara ilmiah apa yang dimaksudkan. Apabila seekor burung bertenggek di atas ranting, misalnya, ia kadangkala membersihkan bulunya untuk menarik perhatian, atau mungkin menarik perhatian burung lain yang berlainan jantina. Perbuatan mengemas diri untuk mendapatkan perhatian inilah yang merupakan sikap sombong yang dimaksudkan.

Kita dapat merumuskan bahawa apa yang dimaksudkan oleh Onn ialah sekurang-kurangnya terdapat dua jenis orang Melayu; mereka yang menyamai ciri-ciri yang disebutkan tadi dan mereka yang sebaliknya. Bagi mereka yang cenderung kepada sifat-sifat keji di atas, Onn berkata, “Sebelum ini saya merujuk kepada bahaya yang melingkungi orang-orang Melayu di Semenanjung ini tanpa perlu menyebut dari pihak mana (bahaya ini timbul. Sekarang saya katakan bahawa bahaya ini) timbul dari orang Melayu sendiri.”

Adakah bahaya yang disebut oleh Onn ini merujuk kepada bahaya yang berada di luar orang Melayu? Atau adakah bahaya yang dimaksudkan merujuk kepada kejahilan sebagai kesan dari tindakan membenarkan sifat haiwaniah orang-orang Melayu ini timbul? Kita mengatakan bahawa yang kedua adalah benar. Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Onn apabila beliau mengatakan orang Melayu sebagai ancaman besar kepada diri mereka sendiri, kita harus faham dahulu kejadian diri manusia. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive