hondabulat
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Salam ukhwah pada semua pembaca blog aku ni,moga2 sihat sokmo hendak-Nye....terlebih dulu aku nok minta maaf la kiranye kenyataan aku ni mungkin doh lama, tapi aku rasa elok juga di ambil peringatan untuk kita kita berfikir sejenak,jangan main ikut telunjuk jer.....
luahan aku ni adalah isu kemiskinan di negeri-negeri yang dikuasai oleh kuasa pemerintahan BARISAN NASIONAL(B.N)..yang menjadi aku rasa tak senang dengan kenyataan UMNO ialah sering menjadikan isu kemiskinan sebagai senjata dalam menggambarkan kegagalan kerajaan di bawah pentadbiran PAS,sedangkan hakikat sebenarnya isu kemiskinan dan kemiskinan tegar sebenar berlaku di negeri yang diperintah UMNO dan B.N.....Kalau nak di ikutkan statistik kemiskinan tegar negera yang dibentangkan oleh PM sendiri,Dato"Seri Abdullah Ahmad Badawi di dewan rakyat,baru-baru ni,menunjukkan kelantan berada di tangga keenam atau 3,600 rakyatnya dikategorikan sebagai miskin tegar.....
Sebenarnya aku rasa miskin tegar hok paling tinggi adalah negeri sabah haok ramai kali,32,400 orang,terengganu pulok yg di kepalai idris jusoh 8,300 orang,kedah 5,000 orang katanya PM la,semasa mengambil bahagian dalam perbahasan bajet 2008 bertemakan belanjawan rakyat tuu....alasan beliau bahawa pemerintahan PAS mengakibatkan kemunduran dan kemiskinan aku rasa dok masuk dalam pala otok...memandangkan penduduk miskin juga wujud ni negeri-negeri yang diperintah BN...bagi aku yang tak berapa reti sangat bak-bak politik ni,tindakan menyalahkan kerajaan negeri dok patutnya berlaku dalam menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat,tambah pulok semua pembaca blog ni aku rasa tahu blaka tahap kemampuan dan kuasa yang ada pada kerajaan negeri...ke wana...TEPOK OTAK AKAL BERTANYA.....
Cuba kita pakat ingat blake, ketua pembangkang Dato'Seri Anuar Musa pernah diberi amanah dalam menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat semasa beliau memegang jawatan menteri kemajuan luar bandar...tapi apa yang aku menjadi sedih apabila amanah itu di salah gunakan, mungkin digunakan sebagai kepentingan diri sendiri dan puok-puok di cucuk hidung....aku berkata begitu sebabnya mengikut laporan jabatan audit negara pada tahun 2000 mengesahkan berlakunya penyelewengan dana PPRT hampir RM40j sewaktu beliau menjadi menteri yang bertanggungjawab.....kita semua boleh berfikir kerana kita di kurniakan oleh Allah akal fikiran...aku rasa penyelewengan dan penyalahgunakan dana awam sebenarnya punca isu kemiskinan tegar masih tak dapat diselesaikan dan bukannya kerana kelantan ditadbir oleh PAS....kerajaan negeri tak pernah ditegur oleh jabatan audit negara kerana penyelewengan atau salah urus dana kerajaan negeri...KENAPA?sama-samalah kita fikirkan....
"TEPOK OTAK,AKAL BERTANYA"
PMX SELAMAT PULANG.
39 minutes ago
0 comments:
Post a Comment