KeADILan
Berita Terkini 5.30 Petang
KUALA LUMPUR, 27 Jan- Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia Arulchelvam ditahan reman di Balai Polis Hang Tuah dan akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta esok.
Menurut wartawan Suara KeADILan yang berada di sana, Bayu Abdullah, prosiding reman yang bermula sejak jam 2 tadi belum lagi tamat sehingga kini.
Kelihatan peguam-peguam masih berada di dalam balai polis sejak jam 1.00 tengahari bersama-sama lebih 200 orang yang berkumpul di luar perkarangan balai polis
Tian Chua, Dr Hatta dan Arulchelvam adalah diantara yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan aman anti kenaikan minyak dan harga barang di KLCC semalam anjuran Protes.
Laporan penuh dan gambar mengenai Perhimpunan Protes di KLCC 26 Januari boleh didapati dalam Suara KeADILan isu 126 yang akan diterbitkan dan dipasarkan pada 30 Januari ini.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment