'Terimalah padahnya' jika tolak MIC
malaysiakini
MIC hari menyiarkan siri iklan kedua dengan nada amaran "jika ada tidak mengundi MIC, terimalah padahnya", khusus untuk pengundi atasan masyarakat India itu.
Iklan sehalaman penuh berbunyi, antara lain, pengundi India akan "kacau bilau" jika menyokong PAS dengan membandingkan keadaan di Kelantan yang kini ditadbir parti Islam itu.
"Undi PAS dan lihat apa yang pada Kelantan. Begitulah nasib kawasan anda lima tahun akan datang.
"Jika anda fikir anda tidak maju bersama MIC, jadi fikirkanlah bagaimana kacau bilau kehidupan anda bawah pentadbiran PAS," iklan itu, dalam huruf besar berwarna merah, dipetik.
Ia dimuatkan antaranya di akhbar-akhbar The Star dan New Straits Times hari ini. Iklan itu pertama kali muncul semalam di dua akhbar tersebut.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semalam berkata parti itu akan memuatkan empat siri iklan untuk kelas atasan komuniti itu yang tidak membaca akhbar berbahasa Tamil.
Iklan hari ini juga menyebut, jika pengundi tidak memilih calon MIC, anak-anak mereka akan terjejas peluang untuk menghayati bahasa Tamil, agama Hindu dan pendidikan.
Ia juga menyatakan sokongan kepada pembangkang hanya bermakna "undi untuk kata-kata manis" sahaja tanpa tindakan nyata.
"Undi utuk MIC satu undi positif untuk tindakan dan penyelesaian. Setiap orang India masuk tidur setiap hari dengan menyedari MIC ada sebagai rakan 'yang tidak nampak' dan boleh membantu," iklan itu dipetik.
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
1 comments:
kesian sungguh orang India. apa bezanya pimpinan mic dengan pimpinan maharaja yang zalim?
sukar nak percayai manifesto sebegini dibenarkan ....apalah yang dipikirkan orang mic ni...
aku tak pernah ke kelantan...tapi aku tau kelantan takde kacau bilau...pembangunan mungkin kurang, tapi kacau bilau mana ada?
tengoklah siapa yang hilang modal...isk isk,...sedih aku nampak manifesto sebegini...
Post a Comment