KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

AIM 15 yang pertama dan terakhir - Waheeda


MStar - MALAM Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) sememangnya telah melakar sejarah tersendiri buat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini kira-kira lima tahun lalu.

Tatkala dirinya nekad untuk berundur dari bidang seni tidak lama lagi, Waheeda berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik AIM15 pada Sabtu lalu menerusi albumnya, Melodi Ahlaan yang mana Waheeda sendiri turut bertindak selaku salah seorang produser album tersebut.

Satu pencapaian yang dilihat mampu menjadi pelengkap karier seni penyanyi yang telah berkecimpung di dalam bidang ini selama kira-kira enam tahun.

Malah, bagi Waheeda sendiri, dia menganggap kejayaan tersebut akan menjadi salah satu kenangan terindah yang akan sentiasa tersemat di dalam hidupnya biarpun bidang seni ini bakal ditinggalkannya kelak.

"Saya terharu dengan kemenangan pada malam ini. Meskipun hanya dua finalis saja yang tersenarai untuk kategori ini, saya tetap merasakan ini satu penghargaan yang cukup bermakna di dalam perjalanan seni saya.

"Secara peribadi, Melodi Ahlaan amat istimewa buat diri saya. Apatah lagi separuh daripada lagu-lagu dalam album tersebut adalah ciptaan saya sendiri. more....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive