KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

‘Usah asyik tuding jari’

Metro - “Janganlah kita sentiasa meletakkan kesalahan kepada orang lain setiap kali menghadapi masalah, sedangkan ia adalah masalah kita,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau merujuk andaian sesetengah pihak kononnya bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus dalam kancah pelacuran dan keluarganya adalah mangsa rancangan Barat memalukan umat Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sikap suka menuding jari kepada orang lain setiap kali berhadapan masalah perlu dihentikan, sebaliknya berusaha membaiki diri.

“Mengapa setiap kali kita hadapi masalah, kita hendak salahkan orang lain? Ini masalah kita dan kita harus menyelesaikannya.


“Saya bimbang nanti isu seperti ini sebenarnya akan dijadikan publisiti murahan saja oleh pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sudah tentu media mencari fokus yang boleh mendapat perhatian dan disebabkan Sufiah seorang yang ternama, tentu saja media akan memberi fokus kepadanya.

“Kita harus berhenti menyalahkan orang lain sebaliknya berusaha membaiki diri sendiri.

“Malulah kepada orang lain kerana sikap kita yang suka menuduh sesuatu masalah itu berpunca daripada pihak lain sedangkan ia sebenarnya daripada kita,” katanya.

Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak berminat dengan andaian dan isu yang dibangkitkan dengan persatuan yang baru ‘dua tiga’ hari berada di United Kingdom (UK), sebaliknya lebih berminat mendengar apa yang boleh dikatakan persatuan Islam yang sudah lama bertapak di UK. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive