KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

Kita sudah tiada masa

Lagu warisan atau dengan kata lirik awalnya anak kecil main api memang mempunyai pengertian yang cukup mendalam mengenai arah tuju dan nasib masa depan orang Melayu. Isu yang menitik beratkan nasib orang Melayu sering dipatahkan dengan alasan konon-kononnya itu agenda politik UMNO. Demarkasi dalam politik ini sering menjadi penghalang kepada penyatuan.

Kita sudah tiada masa seperti yang diungkapkan dalam lagu warisan itu jelas kalau diambil dari sudut situasi hari ini mempunyai petanda-petanda buruk mengenai nasib orang Melayu. Petanda awal telah digambar sekian lama dengan lumpuhnya pegangan ekonomi orang Melayu. Bangsa asing, kalau di baca dari statistik-statistik yang ada menunjukkan bahawa Melayu amat terpinggir dalam pegangan ekonomi berbanding dengan bangsa lain dan ini amat memalukan-khusus kerana kita rakyat bumiputera tanah ini.

Melangkah dari pegangan ekonomi orang Melayu yang semakin terhakis kita kini berdepan dengan kuasa politik yang kini jelas sedang terancam. Kuasa yang berkurangan dari sudut nilai kini menjadikan Melayu semakin tersisih dan permasalahan ini seakan tidak ada penghujungnya. Tuduhan yang paling senang adalah UMNO punca masalah kerana UMNO adalah peneraju perjuangan orang Melayu. Mungkin kebenarannya ada. Mungkin benar bahawa kepimpinan Melayu yang sudah “veteran” gagal melihat visi dan inspirasi baru orang Melayu. Interpretasi usang yang penuh di kangkangi batasan politik dan kehendak diri menjadi budaya yang melemahkan Melayu itu sendiri. Kepimpinan lama dengan ideologi lama angkuh dengan apa yang mahu dilihat dan bukan melihat apa yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Malang ini semua “halal” dan dihalalkan oleh kita orang Melayu.

Kedudukan kita dengan mentaliti lama membenarkan kepimpinan kita melakukan hampir apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk zaman ini. Politik lama, metodologi usang dan persepsi pendek menjadikan UMNO itu tidak relevan dan Melayu itu sebagai penebus dosa kepimpinan – kepimpinan angkuh dan lapuk ini. more... UMNO-reform

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive