KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

Muafakat UMNO-PAS ....... No way !!!

aSetelah ditolak oleh orang Melayu pada PRU Ke 12 barulah UMNO hendak bermuafakat dengan PAS yang dulu dihina dan dicaci oleh UMNO sebagai "parti lebai-lebai kolot sekolah pondok". Sebenarnya UMNO yang kini nyawa-nyawa ikan punyai ajenda jahat yang tersembunyi untuk menunggang atas belakang PAS untuk mendapatkan kembali sokongan Melayu. Bila dah kuat semula nanti, UMNO akan tendang PAS.

Renung kembali ucapan Allahyarham Dato' Asri di Parlimen semasa hendak keluar dari Perikatan dan menyeberang semula ke pihak pembangkang. Lihat kembali kepada sejarah yang pahit semasa PAS menyertai Perikatan. Bukankah UMNO mengambil kesempatan untuk melemahkan pengaruh PAS di Kelantan dan di lain-lain kawasan termasuk di kawasan parlimen di Kedah di mana Allahyarham Yusof Rawa kalahkan Dr Mahathir. Jangan pisang berbuah dua kali. Yang perlu sekarang adalah bagi kita perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Sekarang UMNO yang sudah memerintah negara selama 50 tahun bercakap pasal menyelamatkan martabat Melayu dan penyatuan Melayu. Apa yang UMNO buat selama 50 tahun memerintah. Yang UMNO buat selama 50 tahun memerintah adalah pecah amanah, salahguna kuasa, rasuah, dan bermacam-macam lagi penyelewengan. Selama 50 tahun memerintah UMNO hanya peralat dan menipu orang Melayu. .... rujuk selanjutnya di Tranungkite...

1 comments:

Anonymous said...

hentikan je lah matlamat nak bersatu atas nama bangsa,tak kan kemana sudahnya,balik2 tindas menindas,dengki mendengki.Allah dah ajar bersatulah atas nama islam pasti Allah akan pelihara kita.dan aku yang berdatuk seorang pure cina tak rasa melayunya,tetapi bila org sebut kita ni islam(bukan hadhari),terasa org2 islam tu mcm adik beradik aku pulak.bila berkumpul di surau dengar ceramah dr.harun din,datuk ismail kamus,ustaz halim din etc...rasa mcm aku berada ditengah2 family aku,senyuman org keliling aku terasa manis...tapi bila aku pergi kekumpulan baca yassin wanita umno,eish aku nampak banyak muncung2 merah2,tak rasa aku ni melayu ke...

Posting terkini

Blog Archive