KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

Rakaman cium timbulkan pergaduhan suami isteri - Anuar Zin


Mstar - (...) Ada yang mengutuk penyanyi ini yang seolah-olah tidak memikirkan tentang agama apabila merelakan peminat wanita bersentuhan kulit dengannya. Tidak kurang juga kata-kata ‘pedas’ seperti “Sekiranya bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah bapa saya melihat hal ini, mungkin dia akan sedih.”.

Memang Anuar sedih dan terpukul dengan kata-kata tersebut. Namun, ada yang sedia maklum bahawa dalam persembahannya sebelum ini, beliau sudah biasa menerima ciuman di pipi atau pelukan oleh wanita-wanita tanpa mengira usia, status dan sebagainya.

Lantaran hal tersebut telah pun berlalu, ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan rakaman keadaan Anuar dicium dan dipeluk oleh peminatnya sehingga meletuskan pergaduhan oleh segelintir pasangan suami isteri.

“Saya tak sangka ada orang yang sanggup memburuk-burukkan saya dengan menyebarkan rakaman video tersebut. Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup buat begitu. “Yang membuatkan saya terkilan apabila rakaman tersebut telah menimbulkan pergaduhan antara suami dan wanita yang berada dalam rakaman video itu. “Selepas cerita peluk cium, orang mempersoalkan tentang agama dan segala macam...,” ulas Anuar ketika sidang media selepas showcase A Nite With Anuar Zain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Disebabkan tidak mahu memanjangkan kontroversi tersebut, Anuar tekad untuk tidak turun pada malam itu.

Beliau hanya beraksi di pentas dan menyambut huluran salam peminatnya yang berada di bawah pentas. more...

1 comments:

Anonymous said...

apa hal nak salah anuar... yg peluk tu peminat2nya...kalau dah dia org sendiri tak sedar status sbg isteri org, tak hormat agama, bangsa atau suami sendiri nak buat macam mana? salah kan makcik2 yg tak sedar diri tuh...

Posting terkini

Blog Archive