aminiskandar - (...) Polis Malaysia yang sentiasa terlibat dalam membantu pemimpin-pemimpin BN merampas komputer riba RPK kerana dalam tulisan tersebut, terdapat perkaitan diantara Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor dengan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Tidak berapa lama selepas Setiausaha Media Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya, RPK didatangi polis.
Sebelum didatangi polis pada 2 Mei, RPK telah membalas surat yang dihantar oleh Setiausaha Media Najib Tun Razak. Sila klik disini.
Siapa lagi yang akan disoal polis selepas ini?
Pada 2 Mei, Anwar Ibrahim telah menulis diblognya berkaitan dengan pertemuan beliau dengan Dr. Shaariibuu Setev, ayah kepada Altantuya. Sila klik disini.
Dalam tulisan tersebut, Anwar turut mempersoalkan mengapa Najib Tun Razak tidak disoalsiasat oleh polis berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya. Ini adalah kerana Razak Baginda adalah kenalan rapat beliau sementara dua orang UTK yang didakwa membunuh Altantuya adalah pegawai pengiring beliau. more...
0 comments:
Post a Comment