KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

Umno Jelutong nafi bubar cawangan

Ketua Penaja Umno Jelutong Abdul Razak Abdul Rahman, menafikan pihaknya akan membubarkan beberapa cawangan di bahagian berkenaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang berlaku ialah pihaknya sedang melakukan semakan ke atas semua 42 cawangan Umno di bahagian itu bagi memastikan cawangan berkenaan tiada masalah termasuk dari segi keahlian.

Beliau berkata, laporan semakan itu akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, kami sudah selesai menyemak semula 18 cawangan dan semuanya tiada masalah, manakala dua lagi dalam proses semakan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Tampil Anggun dan Berinformasi anjuran Putera Umno Bahagian Jelutong yang dirasmikan Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, di sini, semalam.

Abdul Razak diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihaknya kononnya ada cawangan Umno di Jelutong akan dibubarkan kerana pelbagai masalah. selanjutnya di Bharian

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive