Menurut Pandikar Amin, beliau akan hanya membenarkan Peraturan Mesyuarat digunakan jika ia benar-benar membantu perjalanan persidangan.
Keputusan beliau itu diterima baik oleh anggota-anggota Dewan Rakyat dengan hanya dibantah oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang menganggapnya tidak adil dan bersifat diktator.
Walaupun dibantah berulang kali oleh Karpal, Pandikar Amin bagaimanapun bertegas dengan keputusannya.
Beliau berkata, mengikut peruntukan 43 Peraturan Mesyuarat, sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, keputusan yang dibuatnya adalah muktamad dan perlu dipatuhi oleh wakil-wakil rakyat.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengemukakan soalan pertama persidangan hari ini pada pukul 10.15 pagi.
Beliau bertanya bilakah kerajaan akan menggubal undang-undang mengenai penjanaan dan pembekalan tenaga bagi memastikan wujudnya sistem pengurusan tenaga yang mapan .... lagi di Utusanloya....
May 5, 2008
Sidang Dewan Rakyat reda selepas kekecohan kecil
Labels: Sidang Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment