KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

TERKINI: 8.24 pagi

Maksiat Berterusan Di Pulau-pulau
Kita tidak akan berkompromi dalam hal ini dan pihak tidak bertanggungjawab akan tetap dikenakan tindakan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Terengganu, Za'aba Mohd. Adib kepada media baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang menganjurkan maksiat dan kegiatan tidak bermoral di pulau peranginan tertentu di negeri ini dengan alasan kononnya ia bebas daripada pemerhatian pihak berkuasa.

Samada ianya satu kenyataan politik atau realiti tidak dapat dipastikan namun beliau tidak menyebut apakah tindakan yang akan diambil keatas mereka yang menganjurkan maksiat dan kegiatan tidak bermoral tersebut. more...at Buletinonline
______________________________________________

Politik Artis Faizal Tahir
" Tidaklah diketahui apakah motif sebenar Faizal Tahir membuka bajunya dikhalayak ramai sewaktu membuat persembahan di Konsert Ulangtahun 8TV. Kalau beliau seorang sasterawan seperti Shahnon Ahmad, sudah pasti orang akan mengetahui bahawa Novel 'Shit' nya sebagai satu sindiran terhadap situasi politik negara yang korup.

Paling kurangpun kalau beliau seperti seniman agung P. Ramlee, sudah tentu orang akan melihat filem-filemnya yang turut memuatkan adegan-adegan bertentangan dengan syara' sebagai satu sindiran terhadap ketidakadilan sosial dalam masyarakat. Namun Faizal hanya seorang artis muda mentah yang sering dilihat sedang berusaha mencari glamour dan populariti." --- tranungkite

______________________________________________

MB Perak Bertindak Bijak
Sepatutnya media arus perdana alternatif menyiarkan sebab-sebab tersebut. Datuk Jamry perlu dikritik kerana masih belum menerima hakikat bahawa beliau sekarang bekerja dengan kerajaan Pakatan Rakyat dan bukan lagi kerajaan Barisan National (BN). Kedegilan Datuk Jamry perlu diajar.

Disebabkan Datuk Jamry tidak memberi kerjasama, segala gerak kerja untuk memastikan perak bergerak berlandaskan Islam yang syumul terbantut. Jadi kenapa mesti dikekalkan orang sebegini. Bukankah menyusahkan. Masyarakat luar selalu bercakap bahawa MB Perak bertindak tergesa-gesa tanpa hikmah. Apakah mereka merasa apa yang berlaku di perak. Setiap perubahan yang memerlukan penyegeraan perlu disegerakan. Kalau tidak kerajaan PAKATAN RAKYAT dituduh lembab. ... selanjutnya di Tranungkite

______________________________________________

Bubar Pertubuhan Bunga Tanjong Dan Dermakan Wangnya Kepada Bakti Adalah Ultra Vires

Kerajaan Pulau Pinang menganggap tindakan pengurusan Persatuan Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen (Pertubuhan Bunga Tanjong) membubarkan pertubuhan itu serta mendermakan dananya kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (BAKTI) adalah ultra vires, menyalahi perlembagaan persatuan serta salah di sisi undang-undang.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, adalah tidak beretika bagi pengurusan Pertubuhan Bunga Tanjong (PBT) menggunakan kuasa membubarkan pertubuhan atau membuat apa-apa keputusan mengenainya apabila secara jelas mereka sudah tidak layak sama sekali menjadi pemimpin ataupun anggota biasa PBT. more with Bernama

______________________________________________

Kontrak Alam Flora Tidak Ditamatkan Urus Buangan Pejejal

Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan menamatkan kontrak Alam Flora, syarikat konsesi yang menguruskan buangan pepejal di Lembah Klang.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk M. Saravanan berkata kerajaan belum memutuskan untuk menamatkan kontrak syarikat itu untuk pembuangan dan pengurusan buangan pepejal di Lembah Klang, walaupun perkhidmatannya tidak memuaskan kementerian berkenaan.

"Pagi tadi apabila saya bercakap dengan pemberita di Tapah, saya berkata bahawa kontrak Alam Flora mungkin dikaji semula berdasarkan pencapaian mereka. Saya tidak mengatakan bahawa kementerian itu akan menamatkan kontraknya dan kerajaan akan mengambil alih kerjanya," kata beliau kepada Bernama menjelaskan laporan awal yang menyebut beliau sebagai berkata kementerian itu bercadang untuk menamatkan kontrak Alam Flora. more on Bernama

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive