KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

SC tarik dakwaan terhadap bekas ketua pegawai kewangan Transmile

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menarik balik dakwaannya terhadap bekas ketua pegawai kewangan Transmile Group Bhd selepas beliau membayar kompaun sebanyak RM700,000.

Hakim Mahkamah Sesyen, S. M. Komathy Suppiah membenarkan dakwaan terhadap Lo Chok Ping, 39, ditarik balik selepas Timbalan Pendakwa raya SC, Foo Lee Mei memberitahu mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara telah membenarkan representasi oleh peguam Lo, N. Sivanatnthan.

Lo didakwa bersama bekas ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif syarikat itu pada 12 Julai tahun lepas kerana bersubahat dengan syarikat itu dalam membuat kenyataan mengelirukan dalam laporan suku tahunannya.

Lo, Gan Boon Aun, 47 dan Khiudin Mohamed, 51, meminta dibicarakan terhadap tuduhan melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Bhd di sini antara 28 Feb 2006 dan 15 Feb 2007.

Menurut tuduhan itu, kenyataan mengelirukan itu terkandung di dalam jumlah wang yang disatukan yang belum diaudit bagi suku keempat tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis 2006 dan ia kemungkinan boleh menyebabkan pembelian sekuriti Transmile Group oleh orang lain.

SC telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung hasil Transmile itu sebanyak RM338.473 juta.

Sementara itu, Komathy menetapkan 26 Mei sebagai tarikh sebutan kes terhadap Gan dan Khiudin. bernama

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive