INILAH pondok Polis Binjai di Kemaman yang menugaskan seorang anggota polis bagi memberi khidmat kepada 21,000 penduduk di kawasan itu.
KEMAMAN - Hanya seorang anggota polis 'menjaga' 21,000 penduduk.
Itulah realiti di Pondok Polis Mukim Binjai, di sini, apabila cuma seorang anggota polis bertugas di kawasan yang mempunyai 10 buah kampung dan 11 buah taman perumahan itu.
Ekoran itu, rata-rata penduduk meminta pihak pengurusan polis supaya menambah segera bilangan anggota kerana jumlah penduduk sedia ada semakin bertambah.
Menurut Pengerusi Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tok Kapor, Roslan Md. Dalin, 42, adalah tidak sesuai kawasan itu hanya mempunyai seorang anggota polis bagi menjaga keselamatan penduduk yang ramai.Selanjutnya di Kosmo
May 5, 2008
POLIS JAGA PENDUDUK ATAU PENDUDUK JAGA POLIS?
Labels: Masalah rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment