KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 5, 2008

Amy terharu dikunjungi Mursyidul Am

harakahdaily - (...)Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini beliau sedang menguruskan untuk mengadakan pertemuan antara kelima-lima negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai agenda tersebut.

"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.

"Saya juga sedang dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai isi kandungan perbincangan tersebut," katanya lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.

"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.

Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.

"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.

"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive