Utusanloya - (... ) Setiausaha Pemuda BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, BN Pusat perlu bertindak sekarang dan tidak harus mengambil masa yang terlalu lama untuk mengotakannya kerana perbuatan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan.
"Pihak atasan BN yang tertinggi perlu berbuat sesuatu setelah pertemuan Perdana Menteri dengan BN Sabah baru-baru ini. Kalau setuju dengan tuntutan itu, usaha menunaikan tuntutan mesti dipercepatkan.
"Jangan tunggu terlalu lama, ini kerana tanda-tanda tsunami politik sudah kelihatan di Sabah" katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Pemuda BN Sabah di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, Pemuda BN Sabah akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung tuntutan Sabah itu.
"Pemuda BN Sabah akan turut bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, untuk memaklumkan isu-isu yang dibangkitkan pada pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini," katanya.more...
May 5, 2008
BN Sabah desak PUSAT tunai tuntutan
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment