bharian - Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan sama ada modul latihan asas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tindakan penderaan keterlaluan dengan memijak kepala pelatih sebagai amalan biasa.
Perbuatan yang disifatkan melanggar tatasusila dan menjatuhkan maruah individu itu didedahkan sekumpulan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi klip video dua minit yang diketuai Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).
Klip video itu turut ditontonkan kepada wakil media di lobi Parlimen, hari ini.
Saifuddin berkata, sebaik menerima klip video yang disertakan dengan nota: 'Latihan Asas Komando' minggu lalu, beliau membuat semakan dengan beberapa bekas anggota komando ATM dan mereka mengesahkan ia adalah sesi latihan komando berdasarkan pakaian seragam yang dipakai jurulatih.
"Bagaimanapun, mereka mengesahkan sepanjang pengetahuan mereka, tiada modul latihan yang menetapkan jurulatih perlu memijak kepala pelatih dengan kerap. >> selanjutnya
video yang dimaksudkan ....
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
4 minutes ago
5 comments:
Kate kate yg "ter" ngiang ngiang kat telinga sehingga kini di Sg Udang - "siswa" dan "semerah padi". Training is meant to be harsh & brutal, but to what extend? Mmg bnyk fasa dalam training, air borne land n sea. Whether i agree to it or otherwise, sigh, mixed feelings actually. Pemikiran masa muda (anything goes) dan tua banyak perbedaan (sebab hok tuo doh pikir ke akhirat). Perhaps we may want to study n emulate the seerah on how Ar Rasul sallallahu 'alaihi Wassalam conduct training in preparation for war. Bile kaji balik , masa diorang trainig brutal gak sampai pengsan pengsan (hadith la ckp beb!) During those days, solat mmg terlepas (tak lak di ajar camne noak solat dlm perang), makan "menatang" (pakai hok ni dalam kontek nih baru la btoi degih)harae
in the name of "survival" tuh tok tahu lah, leh ko dok? Utk maklumae tuae tuae, Isi kaki katok tuh weilloh putih benor? Ghaso camno? "Biarlah rahsia" , dok gitu Den? Muakakakakakkak ...(lame tak nampakkkk)
Aku rasa bior la diorang ni training. Jangan kacau la diorang ni. Kan diorang ni komando? Diorang ni da kantoi..tu pasal bandit belasah cukup2. Besok2 kalo kena tangkap ngan real bandit, senang la skit...practise makes perfect.
kalu najib d buat sedemikian rupa,,mesti terkencing2,,,,,,apa la kerja,,hehehe
yang sebenarnya prosedur asal jurulatih tidak dibenarkan langsung sentuh peserta... yg hanya buleh sentuh ialah kem komandan sahaja... tidak dibenarkan pumping melebihi kiraan lima... pelik sungguh la mmg tak ada training ala komando... depa ni pakai undang2 sendiri..TIDAK ADA MODUL TRAINING ALA KOMANDO!!!
patut la dah ramai pengganas, gangster sbb dilatih dgn sebegini rupa, fizikal saja lebih2 tapi sembahyang pun tak tau lah... ramai anak2 polis, tentera dan komando yg jadi gangster di sekolah2...rezeki yg dapat mungkin tak berkat lah kot... itu baru sikit , kecik sgt, ape la sgt jika dibandingkan dengan seorang wanita yg DIBOM.. nilah gejala2 training ala komando... fikir2lah tengok apa yg patut dilakukan dgn PLKN..byk lagi cara utk meningkatkan modal insan negara..
ui ..bahgiaaa kalau instructor" x sentuh !! Alaaah , serupa la macam "ragging", punyer la baik sebab berpegang motto "nobody contact" kunun ..kakaakak.."In your dreams dude!" apekate kita wat camnih kat pelatih PLKN?..lariiiiiiiiiiiiiiiii!.... pasai kene pijak kat kepala. Ade satu stori dolu dolu la.. abis latihan peralatan kitorang tak cuci sebab malas, dan salah satu nyer ialah cangkul. Biler tibe time latihan kemudian , instr "naik angin" . Maka berduyun duyun lah dibawah cahaya mentari yg terik, kitorang "fall in" baris panjang. Tugas die sempoi je , sampai turn, setiap orang kena "jilat selut" sorang sket, pastu barint mengiring (masa tuh paka i helmet (alaaah yg macam cite combat tuh, ade "inner n outer" maka "instr" tuh pon hentak ler cangkul tuh kat atas kepala kitorang... syahdu wa cakap lu.. bergegor dan kebas kapla kitorang... Dengor cite si "instructer" tuh yang pencen pangkat "Mejar" keje kat Parlimen... mekekekekek. Takper takper "Mejar N*" , wa ma'ap samer lu. "To forgive is simply divine"? Ciao... nostalgia lalu
Post a Comment