BN terdesak peralat siswa buat bancian PRU
Abdul Hannan Mohd Noh
harakahdaily
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,
Saya ingin meluahkan rasa hati dan berharap pilihan raya kali ini kerajaan baru dapat dibentuk bagi menggantikan BN yang telah lama memerintah.
Tidak dinafikan memang banyak perubahan serta kemajuan dikecapi sepanjang pemerintahan BN, tapi semuanya lebih banyak menjurus ke arah kepentingan individu berbanding kepentingan rakyat.
Apabila negara menjadi tarikan pelancong, sepatutnya lebih banyak pengaliran wang daripada luar masuk.
Jadi, mustahil 100 peratus wang yang masuk itu adalah untuk kepentingan rakyat bersama. Ini petanda kiamat, iaitu apabila pemegang tampuk pimpinan negara bukanlah daripada kalangannya.
Daripada satu segi, memang semuanya adalah takdir dan telah ditentukan. Tapi berdasarkan corak pimpinan kerajaan sekarang, adalah mustahil kerajaan BA mendapat mandat bagi membentuk kerajaan.
Hal ini kerana, pilihan raya tidak telus dan SPR telah dikuasai BN. Jadi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Mereka boleh memutarbelitkan sebarang keputusan undi.
Siswa diperalatkan Umno untuk bancian PRU
Satu lagi, ada kisah yang menunjukkan kerajaan BN amat terdesak untuk menjajah Kelantan hingga sanggup memanipulasikan pelajar.
Adik saya memberitahu, walaupun beliau melarang saya menghebahkan hal ini, tapi demi kebaikan saya rasa perlu.
Dalam Januari lalu, adik saya telah disuruh kerajaan BN atas nama IPTA untuk membuat bancian di setiap rumah di Kelantan bagi mengetahui dalam sesebuah rumah itu berapa ramai yang boleh undi dan sebagainya.
Mereka telah diberi kereta untuk bergerak. Siap diberikan minyak petrol, wang saku untuk belanja dan penginapan di hotel.
Sayangnya tiada bukti yang dapat diberikan kerana menurut adik saya, selepas penerangan selesai, pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang kertas atau sebarang rakaman, nota dan sebagainya untuk dibawa keluar dari dewan.
Menurut adik saya, dalam surat yang diterima melalui IPTA beliau, di kepala surat itu ada dituliskan kalau tidak silap (Urusan Politik IPT).
Tapi, saya kurang pasti. Apa pun lihatlah sikap kerajaan BN ini. Mereka sendiri melarang pelajar melibatkan diri dalam dunia politik. Tetapi, apabila semua ini ada kepentingan kepada mereka, maka semuanya diperbolehkan. --- aba.
0 comments:
Post a Comment