KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

AZIZ SHAMSUDDIN KATA ORANG SHAH ALAM MALAS

Shah Alam Bebas Kemiskinan Tegar - Abdul Aziz

KLANG, 16 Feb (Bernama) -- Hasil pembangunan berterusan di Shah Alam, ibu negeri Selangor itu kini boleh dikategorikan sebagai bebas daripada masalah kemiskinan tegar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.

Beliau yang merupakan anggota Parlimen Shah Alam berkata pelbagai peluang tersedia di bandaraya itu terutama dalam sektor perindustrian yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

"Hanya miskin tegar di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) masih ada, tetapi bilangannya amat kecil dan mereka sentiasa dibantu dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian selepas menyampaikan ang pau sebanyak RM100 seorang dan hamper kepada 150 warga emas dari Parlimen Shah Alam anjuran Masyarakat Penyayang (Mayang) Shah Alam.

Beliau berkata jika masih ada yang miskin di Shah Alam bukan dari OKU, mereka adalah terdiri daripada golongan yang malas dan tidak mencari peluang untuk mengubah hidup mereka.


No2umnO - kalau dah peluang di belasah oleh suku sakat UMNO, apa ada yang tinggal untuk rakyat. Nak kerja kat Kilang, bangla dan pendatang asing dah balun. Nak berniaga, Orang UMNO dah belasahpeluang. Apa lagi yang rakyat ada. Jangan cakap malas, tapi sebenarnya pemimpin UMNO yang malas jengok rakyat. Berani kutuk orang Shah Alam sebab sudah tidak ada peluang bertanding di Shah Alam. Jika masih jadi calun Shah Alam, sudah tentu rakyat Shah Alam dipuji menggunung. Pemimpin UMNO memang tak boleh pakai. Aziz Shamsuddin memang pemimpin yang malas turun padang. Jalan pun terhenggot henggot. Tunggu sepak tunggul, tertonggeng lah dia.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive