KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

KOMPONEN BN TERUS BEREBUT KERUSI ... SEPAKAT KONONN

Tiada hasrat pulang kerusi PPP

KUALA LUMPUR: MCA, MIC dan Gerakan tidak akan memulangkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dituntut semula oleh Parti Progresif Penduduk (PPP).

Tiga parti yang didakwa ‘berhutang’ tiga kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN kepada PPP itu tidak berganjak daripada keputusan mengekalkan jumlah agihan kerusi sebagai tanda hormat dan akur dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, kelmarin.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata perkara itu tidak dibangkitkan Presiden PPP, Datuk M Kayveas pada pertemuan dengan Abdullah itu.

"Kayveas hanya memberikan surat berhubung perkara itu, tetapi tidak dibincangkan dan saya enggan mengulas lanjut," katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, berkata parti itu tidak berhasrat mengubah jumlah kerusi yang diwakilinya sebelum ini, iaitu 12 Parlimen dan 31 DUN.

“Memang kami terima surat daripada PPP berhubung tuntutan itu, tetapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan.

“Setakat ini, Gerakan masih berpegang kepada amanat Pengerusi BN supaya semua parti komponen mengekalkan agihan kerusi seperti pilihan raya 2004,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Kayveas dilaporkan memberi tempoh sehingga minggu depan kepada MCA, MIC dan Gerakan memulangkan semula kerusi Parlimen dan DUN diberikan kepada tiga parti komponen itu sebelum ini.

Kayveas menuntut empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN yang diberikan kepada PPP ketika parti itu menyertai BN pada 1972 dikembalikan. Bagaimanapun, masing-masing satu kerusi Parlimen dan DUN sudah diberikan oleh Umno kepada parti berkenaan sebelum ini.

Kini PPP menuntut baki dua kerusi Parlimen dan tujuh DUN daripada MCA dan satu DUN daripada MIC, manakala Gerakan diminta memulangkan satu kerusi Parlimen serta tiga DUN.

Pada pilihan raya umum lalu, PPP diberi dua kerusi iaitu Parlimen Taiping dan DUN Pasir Bedamar.

Chia berkata, dalam keadaan sekarang, lebih baik jika semua parti komponen BN bersatu padu dan mengatur strategi untuk menang cemerlang menghadapi pembangkang.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pula berkata pertikaian mengenai pengagihan kerusi sepatutnya dielak bagi membolehkan tumpuan kepada pilihan raya.

“Jika perkara seperti ini terus diungkit, tidak akan ada kesudahannya. Sepatutnya, walaupun diberi satu kerusi pun, parti berkenaan seharusnya bersyukur kerana mendapat kepercayaan pemimpin tertinggi parti...yang penting kemenangan sudah pasti dalam genggaman,” katanya.

Beliau berkata, MCA tentunya akan meletakkan arahan Pengerusi BN sebagai aspek utama untuk memastikan kejayaan cemerlang parti menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata MIC tidak berganjak daripada agihan kerusi sebelum ini kerana yakin calonnya mampu memberi perkhidmatan berkesan kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“MIC mahu mengekalkan semua sembilan kerusi Parlimen dan 19 DUN yang diperoleh sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, adalah lebih baik jika arahan Perdana Menteri serta keputusan yang dipersetujui semua parti komponen BN kelmarin dipatuhi dan dilaksanakan secara bersepadu untuk kebaikan rakyat.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive