klpos.com
Oleh Tarmizi Mohd Jam
Sabtu, 16 Februari 2008
PUTRAJAYA: Jika Mantan Menteri Besar Selangor yang paling kontrovesial, Muhamad Muhd Taib "lulus" ujian BPR dan layak menjadi calon dalam pilihan raya kali ini, sudah tentu terdapat "pembohongan" besar dari mulut Khir Toyo kononnya calon-calon BN akan ditapis oleh badan itu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nazir Zakaria, adalah amat melucukan apabila Khir mencadangkan nama Mat Taib sebagai calon pilihan raya sedangkan Ketua Penerangan Umno itu bukan sahaja terlibat membawa duit tunai berkila-kilo ke Australia, malah muth'ah perceraiannya dengan anak Sultan Selangor sahaja mencecah RM16 juta.
"Di mana Mat Taib dapat duit sebanyak itu? Kalau dikumpulkan gajinya pun, tak cukup untuk dia bayar semua itu," tegas beliau yang juga Yang Dipertua Putrajaya.
Katanya, walaupun Mat Taib bangkrap akhlak dan dipalit dengan kes-kes "rasuah" yang tidak dapat dibuktikan, namun Khir yang menjadi musuh Khairy Jamaluddin terpaksa memberi laluan kepada Mat Taib atas kehendak anak Badawi.
Khir adalah seteru Khairy sejak dulu lagi dan penjenamaan semula mantan MB Selangor itu adalah perkiraan Khairy untuk mengimbangkan pengaruh Khir.
"Adakah BPR terpaksa membisu seribu bahasa dengan rekod teruk Muhamad? Kerana dia dicalonkan oleh Khairy?" Tanya Nazir lagi.
No2umnO - Mungkin bekas AYAHANDA SULTAN SELANGOR tiada, maka bekas Menteri yang tidak tahu bahasa Inggeris boleh kembali ke Shah Alam. Hmmmm.....Kalau aku jadi Sultan, mesti dah ku buang negeri mamat sekor ni.
0 comments:
Post a Comment