KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

Kempen 13 hari : Memadai atau masih belum puas?

Ketika pilihan raya pertama SPR telah memperuntukkan 35 hari untuk membolehkan calon dan parti politik berkempen serta pengundi mengenali calon dan parti diwakili. Lima dekad yang lalu prasarana tidak begitu canggih dan tersusun bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dengan selesa untuk memilih kerajaan. Kebanyakan calon tiada kemudahan mewah seperti pada hari ini. Ada yang naik basikal untuk bertemu pengundi. Tiada kemudahan telefon bimbit dan internet, begitu juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan MMS.
GELOMBANG MANDAT: Kempen 13 hari -- Memadai atau masih belum puas?
mstar.com
Oleh G. MANIMARAN

ANTARA spekulasi dan kuasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "menang" dalam menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya. Agensi ini mempunyai "lesen" untuk menetapkan tarikh-tarikh yang sesuai dan munasabah bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan teratur dan selesa.

Nampaknya, sekali lagi banyak pihak dan penganalisis politik terperangkap dengan teka-teki tarikh pilihan raya. Selepas tarikh pembubaran, tanggal hari penamaan calon dan pengundian menjadi perhitungan banyak pihak.

Di sebalik kerja keras meramalkan tarikh pilihan raya, ramai juga terkejut dengan tempoh berkempen yang diperuntukkan oleh SPR – selama 13 hari – yang paling lama sejak tahun 1986.

Jika tahun 1986 diambil kira, satu lagi aspek yang menarik untuk diperhatikan ialah tarikh hari pengundian 22 tahun lalu, yang diadakan pada 3 Ogos (3/8). Kali ini pada pula 8 Mac (8/3). Pengundian pilihan raya lalu juga diadakan pada bulan Mac.

Dua pilihan raya umum berturut-turut pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diadakan pada Mac.

Pada 8 Mac, iaitu selepas tempoh berkempen selama 13 hari, seramai 10,922,139 pemilih yang layak berpeluang untuk menentukan mandat – proses yang telah diamalkan dalam pilihan raya-pilihan raya sejak lima dekad yang lalu. more...

No2umnO - Mamat ni tak paham rupanya. Macam mana aku nak bagi ilmu sikit......
Selepas 13 Mei, UMNO dan BN tidak mahu lagi kalah di dalam pilihanraya. Maka tempoh berkempen di pendekkan dan tempoh itu menyulitkan pembangkang untuk berkempen. Dengan media TV yang dikawal sepenuhnya oleh Barisan Nasional, pembangkang terpaksa berkunjung dari satu tempat ke satu tempat untuk berkempen.

Kalau cukup masa, BN bimbang pembangkang menang lagi seperti tahun 1969. Ini tidak berlaku di kebanyakan negara asing yang tempohnya semakin panjang menjadi hampir 2 bulan. Demokrasi tulen tidak di praktikkan di Malaysia. Tetapi ia lebih kepada Demokrasi ala Komunis. Nak dikatakan Komunis.....tapi ada pilihanraya. Nak dikatakan Demokrasi .... tapi tak pernah adil.

Maka lihatkan tempoh berkempen yang tiba tiba turun mendadak selepas 1969.

1959 (Pertama) - 35 hari
1964 (Kedua) - 35 hari
1969 (Ketiga) - 35 hari
1974 (Keempat) - 16 hari
1978 (Kelima) - 17 hari
1982 (Keenam) - 15 hari
1986 (Ketujuh) - 10 hari
1990 (Kelapan) - 10 hari
1995 (Kesembilan) - 10 hari
1999 (Ke-10) - 9 hari (Anwar ibrahim dilucutkan jawatan)
2004 (Ke-11) - 8 hari (Kebimbangan bertambah tambah)
2008 (Ke-12) - 13 hari (Feng Shui dan faktor Anwar)

Dalam pada itu, pembangkang di sulitkan lagi dengan permohonan permit untuk berkempen. Ini semua peraturan mengada ngada yang dicipta oleh Barisan Nasional semata mata untuk menghalang pengaliran info dan berita kepada orang ramai.

Sesungguhnya, Bukan SPR yang menentukan tarikh pilihanraya tetapi Perdana Menteri. Kerna itu lah PM yang hantar surat permohonan kepada Agung bagi diperkenankan dan bukan SPR. SPR, adalah satu agensi yang bacul. Kerjanya untuk tunduk dan ikut arahan. Tugasnya adalah untuk kenal pasti kaedah menipu bagi kemenangan Barisan Nasional. Kerana itu di dalam pengalaman yang sudah bertahun tahun, kekecohan berlaku pada tahun 2004. Bukan semakin lama semakin cemerlang, tapi semakin lama semakin temberang.

Bimbang tak makan, maka ramai penulis dan wartawan yang terpaksa membodek langkah SPR dan BN untuk terus makan. Kalau tak der mereka itu, tak makan kot. Nak bodek jangan lebih lebih, kang ada seluar yang koyak pulak. Letih la aku nak menulis sambung lain kali aje.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive