isuhangat
SELANGOR, 12 FEB 2008 : Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar, 62, atau lebih dikenali dengan panggilan Ibu kini berada dalam keadaan kritikal akibat kerosakaan pada hati yang dikesan sejak 3 bulan lalu.
Ketika ditemui di Hospital Selayang pagi tadi, Yusni kelihatan begitu lemah dan tidak bermaya. Pelawak yang popular sejak penghujung tahun 1970-an itu hanya mampu melontarkan senyuman kecil kepada tetamu yang melawatnya. Dia juga sering mengalir air mata terutama ketika dikucup sayu oleh anggota keluarga dan sahabat handai.
Lebih menyedihkan, seluruh badan Yusni kini semakin membengkak kerana dipenuhi air terutama pada bahagian perut. Leher dan perutnya terpaksa ditebuk bagi menyalurkan air dan ubat.
Anak bongsu Yusni, Raja Irna Raja Ibrahim, 23, berkata air dan darah yang dimasukkan ke tubuh beliau tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya kerana berkumpul pada anggota badan. Tubuhnya kini semakin membengkak.
"Kata doktor, hati ibu sudah rosak teruk dan tidak dapat berfungsi lagi sehinggakan menjejaskan fungsi buah pinggang. Air yang dimasukkan ke dalam badan ibu berkumpul juga pada bahagian anggota tubuh. Doktor memberitahu kandungan darah ibu juga tidak mencukupi walaupun sudah dimasukkan dengan banyak," katanya ketika ditemui di wad terbabit.
Raja Irna, anak yang paling akrab dengan Yusni, dilihat kerap berusaha mengubah suasana pilu dalam wad seperti bergurau kecil dengan ibunya. Malah pada ketika wartawan menghala lensa kamera untuk merakam gambar mereka, lantas Irna mengangkat tangan Yusni dan menyuruh ibunya membuat tanda peace dan melontarkan senyuman .
Saat menyentuh hati, ketika berjabat tangan perpisahan dengan wartawan , Yusni sempat mengirimkan salamnya kepada para peminat dan meminta untuk mendoakannya agar cepat pulih.
"Sampaikan salam saya kepada peminat dan mintalah mereka semua berdoa supaya saya sembuh," katanya dengan nada yang terlalu lemah.
Orang yang paling dekat dengan Yusni iaitu adiknya, pelakon Sukarni Jaafar, 55, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Nani, turut ditemui bersama di wad itu. Dialah antara orang yang berusaha keras memberi semangat kepada Yusni untuk terus berjuang. Difahamkan, anak-anak Yusni yang lain termasuk Raja Ema juga datang menjaga Yusni secara bergilir-gilir di hospital berkenaan.
"Sebelum ini, dia pernah dimasukkan ke hospital ini beberapa kali, bagaimanapun kali ini dia ditahan paling lama apabila doktor mengesahkan keadaannya berada pada tahap paling kritikal. Sudah seminggu lalu dia dimasukkan ke wad ini," kata Sukarni dalam nada sedih.
Sementara itu, ramai rakan artis tempatan yang mula melawat Yusni, antara mereka ialah Aida Rahim, Era Fazira, Hans Issac, Liza Abdullah, Uji Rashid dan Datuk Mustapha Maarof.
No2umnO - Sedih ... dari seorang yang mencuit hati dengan gelagatnya dan lakunannya yang berkesan, kini beliau terlantar sakit. Sesungguhnya kehidupan beliau bagaikan lilin. Menerangi dan menceriakan suasana. Dan sampai ketikanya kita membantu beliau dengan apa cara sekali pun, walaupun sekeping DOA. Semuga IBU YUSNI segera sembuh dari No2umnO.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment