Abdullah Enggan Ulas Mengenai Pencalonan Khairy Jamaluddin
YAN, 16 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini enggan mengulas mengenai cadangan Umno Bahagian Rembau mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.
Abdullah, yang juga Pengerusi BN, berkata kedudukan semua calon BN hanya akan diputuskan selepas perjumpaan dengan Pengerusi-pengerusi BN negeri.
"Saya belum duduk berbincang mengenai senarai calon pilihan raya bersama pengerusi-pengerusi BN negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf jalan ladang ke jalan kampung di bawah projek Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) di sini hari ini.
Abdullah berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau membenarkan Khairy, yang juga menantunya, untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Perdana Menteri berkata senarai calon BN akan diumum apabila tiba masanya.
Baru-baru ini, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan sebagai berkata bahawa Khairy adalah seorang daripada lima calon yang dipersetujui oleh Umno Bahagian Rembau untuk bertanding di kawasan berkenaan.
Mohamad berkata pemilihan Khairy, yang juga Ketua Pemuda Rembau, adalah sebagai mengiktiraf peranannya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
No2umnO - TG Nik Aziz sudah kata anaknya Nik Abduh, tidak bertanding. Anwar Ibrahim pun sudah beritahu, anaknya tidak bertanding. Tapi Abdullah Badawi ..... segan nak bagi tau anak menantunya bertanding. MEMANG GILA KUASA. Tak dapat jadi SUltan, dapat jadi Perdana Menteri pun dah kalahkan cara Sultan. Anak beranak jadi menteri. Hai ...... gadai lah negara.
0 comments:
Post a Comment