KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

Sheikhul Al-Azhar: Islam Hadhari merangkumi ajaran dunia dan akhirat

Sheikhul Al-Azhar: Islam Hadhari merangkumi ajaran dunia dan akhirat
mstar.com.

KUALA LUMPUR: Sheikhul Al-Azhar, Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi berkata konsep Islam Hadhari adalah satu konsep yang merangkumi semua aspek dalam ajaran Islam yang menekankan kepentingan kehidupan di dunia dan juga akhirat.

Konsep itu bukan sesuatu yang baru kerana prinsip-prinsip yang ditekankan adalah mencakupi kehendak Islam untuk diamalkan pengikutnya, katanya dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.

Sheikhul Al-Azhar itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai wujudnya segelintir graduan Universiti Al-Azhar yang menolak konsep itu.

Sheikh Muhammad sebelum itu menghadiri Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008, di sini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam jawapannya itu, Sheikh Muhammad antara lain berkata Universiti Al-Azhar sentiasa berpegang kepada kesederhanaan yang menjadi pegangan universiti terulung itu dan pengajiannya turut merangkumi kajian semua mazhab dalam Islam termasuk Syiah.

"Agama Islam adalah agama para nabi dan rasul dan apabila ia dihayati maka ini akan memberi kesejahteraan kepada dunia dan pengajaran Islam sebagai agama tidak hanya melihat kepada kehidupan di akhirat tetapi juga di dunia.

"Pegangan (universiti) Al-Azhar dalam hal ini bahawa sesiapa juga yang mengucap dua kalimah syahadah dan mengamalkan ajaran Islam, maka Al-Azhar menerima mereka sebagai saudara seagama," katanya.

Beliau berkata orang Islam yang kuat akan lebih dikasihi dan disukai Allah S.W.T daripada orang beriman yang lemah di mana kekuatan itu bermaksud bukan saja kekuatan jasad tetapi juga kekuatan iman serta yang berkaitan dengan kehidupan di muka bumi.

Ketika ditanya mengenai pendirian Universiti Al-Azhar terhadap tindakan golongan ekstremis Islam yang sanggup meletupkan diri sendiri, Sheikh Muhammad berkata mereka yang meletupkan dirinya di kalangan musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan masyarakat, apabila mati dianggap syahid.

"Tetapi mereka yang meletupkan diri di kalangan wanita dan kanak-kanak di tempat awam dan menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa menjadi mangsa, itu amat bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive