KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 16, 2008

NAJIB TAU KE APA DIA CAKAP?

Najib Kemuka Lima Sebab Untuk Rakyat Undi BN

JERANTUT, 16 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi lima sebab mengapa rakyat patut memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Beliau berkata sebab pertama ialah hanya (1) BN boleh membantu dan membela nasib rakyat sedangkan parti pembangkang hanya tahu membuat kekacauan dan mengelirukan rakyat.

"Selain itu, hanya kerajaan (2) BN yang menunaikan segala janji kepada rakyat tetapi pembangkang cuma tahu membuat janji malah mereka tidak berpijak di bumi nyata," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian surat hak milik tanah perkampungan tradisional dan felda daerah Jerantut di sini hari ini.

Najib berkata (3) BN juga memastikan keamanan untuk rakyat dan negara sedangkan pembangkang hanya pandai membuat demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram.

"Kita patut memilih BN kerana sudah terbukti 50 tahun BN memerintah negara dengan cemerlang...di Terengganu kita berjaya rampas daripada pembangkang manakala di Kelantan kita hanya tunggu untuk ambil balik.

"(4) BN juga menjanjikan masa depan yang cerah untuk anak cucu kita," katanya.

Mengenai Felda, Timbalan Perdana Menteri berkata (5) kerajaan akan terus memberi keutamaan untuk melahirkan generasi kedua Felda yang berilmu dan berkemahiran.

"Kepada generasi pertama, kita membuka ladang untuk mereka dan kepada generasi kedua, kita membuka minda mereka supaya menjadi generasi peneroka dalam sektor yang dinamik," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Felda tidak hanya mempunyai khazanah ladang tetapi juga khazanah manusia yang mampu menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

"Matlamat Felda tidak berakhir dengan generasi pertama, kedua atau ketiga tetapi akan berterusan melahirkan generasi berilmu dalam pelbagai bidang," katanya.

Cuba anda bayangkan atau angan angankan apa yang Najib Mongolia katakan,


(1) BN boleh membantu dan membela nasib rakyat .... rumah setinggan kena roboh.
(2) BN yang menunaikan segala janji kepada rakyat .... beli kapal selam.
(3) BN juga memastikan keamanan untuk rakyat dan negara .... jenayah, rogol dan culik budak.
(4) BN juga menjanjikan masa depan yang cerah untuk anak cucu kita .... yuran naik lagi.
(5) kerajaan akan terus memberi keutamaan untuk melahirkan generasi kedua Felda yang berilmu dan berkemahiran....maksiat, pelacuran dan dadah remaja FELDA.

Apa yang dia cakap semuanya tak tepat. Merapu lagi si Najib ni......Hoiiii Rosmah, bawa laki kau balik laaa !!!!

Malas nak komen lagi.....anda komen la sendiri. Geli Geleman rasanya bila baca berita BARUANAMA (Bernama). Macam ada langsuyar terbang di belakang rumah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive