Wartawan Diusir Daripada Membuat Liputan Acara 'Perkampungan Sains Teknologi Dan Pendidikan Baling'
bernama.com
BALING, 16 Feb (Bernama) -- Sekumpulan wartawan yang bertugas membuat liputan acara "Perkampungan Sains Teknologi dan Pendidikan Baling" di sini kesal kerana diusir dan dihalang daripada membuat liputan.
Jurugambar juga dilarang merakamkan gambar angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang menjadi tetamu majlis anjuran Pusat Khidmat Parlimen Baling.
Pemberita akhbar The Star, Norlia Ramli, 41, berkata beliau dihalang daripada memasuki dewan setelah memperkenalkan diri sebagai wartawan.
"Mereka menghalang saya daripada memasuki dewan dengan alasan semua pemberita dan jurugambar media tidak dibenarkan masuk", katanya.
Walaupun menjelaskan tujuan mereka ke majlis itu untuk membuat liputan berita berasaskan surat jemputan pihak penganjur, Norlia berkata penganjur tetap menghalang mereka dengan alasan ia adalah arahan pihak tertentu.
Wartawan Kosmo, Othman Yahya, 45, berkata beliau terpaksa bertengkar dengan petugas di pintu masuk dewan itu kerana menghalangnya memasuki dan merakam gambar dalam Dewan Kenangan Tun Razak itu.
No2umnO - Apesal? Dalam dewan tu Ada tarian BOGEL KE? Itu lah korang wartawan. Ada masa jadi barua, ada masa kena belasah dan ada masa kena sungkit. Cari makan punya pasal, sanggup gadai MARUAH. Pemberita media pembangkang bukan kena halau saje beb, siap kena tangkap masuk balai lagi. Dah tak heran. Ambil gambar angkasawan dari dalam internet je. Macam aku.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
5 hours ago
1 comments:
ada tarian bogel la tu
rafidah aziz buat permintaan angkasawan tu nari bogel atas meja
Post a Comment