Terima Kasih PAS - Kaum Tionghua Pulai Baru, Tepoh
buletinonline
Kuala Nerus, 15 Feb – Sambutan Tahun Baru Cina diadakan di markaz PAS sudah tidak menjadi sesuatu yang pelik kerana sikap PAS yang terbuka kepada semua kaum.
Justeru itu, satu Majlis Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2008 telah diadakan di Markaz PAS Kampung Bukit Berangan, DUN Tepoh dekat sini, semalam. Seramai sepuluh orang wakil kaum Tionghua dari Kampung Pulai Baru diraikan bersama-sama dengan ahli dan penyokong PAS tempatan.
Mereka(kaum Tionghua) tidak kekok untuk bergaul bersama ahli dan penyokong PAS, makan dengan tangan secara bersila dan ada wanita Tionghua yang datang memakai kain batik biasa.
Turut hadir didalam majlis tersebut adalah Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah, Timbalan Ketua Dewan Ulamak Negeri Terengganu, merangkap yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Encik Ng Chai Hing dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Terengganu.
Wakil-wakil dari kaum Tionghua Kampung Pulai Baru telah berbesar hati menerima jemputan tersebut dan bersama-sama dengan program yang diadakan sebagai tanda terima kasih mereka kepada Kerajaan PAS yang lalu.
Kerajaan ‘berkebajikan’ PAS yang memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 telah mengotakan janjinya untuk memberikan sekeping tanah tapak rumah kepada setiap keluarga, tidak mengira fahaman politik atau pun bangsa dan agama, dengan syarat mereka tidak mempunyai tanah untuk mendirikan rumah.
“Kampung Pulai Baru adalah antara warga yang bertuah, mereka menerima geran diatas tanah yang telah mereka teroka sekian lama dari Kerajaan PAS yang lalu” kata Ng Chai Hing didalam ucapan aluannya sebagai menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak warga Tionghua Kampung Pulai Baru.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment